ISTIMEWA MAJALAH 3 BERSAMA TENAGA NASIONAL BERHAD DALAM ‘MISI: KEMBALIKAN KUASA KENYIR’

ISTIMEWA MAJALAH 3 BERSAMA TENAGA NASIONAL BERHAD DALAM ‘MISI: KEMBALIKAN KUASA KENYIR’

Tanah runtuh telah berlaku di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud Kenyir (SJSM) milik Tenaga Nasional Berhad akibat hujan lebat luar biasa yang berterusan pada 27 Februari 2022. (TNB). Malapetaka yang tidak dijangka telah menyebabkan seluruh perniagaan SJSM tidak dapat beroperasi, dan langkah berjaga-jaga telah diambil untuk membawa pekerja keluar dari kawasan berhampiran stesen dan ke lokasi yang lebih selamat.

Tidak ramai yang tahu sejauh mana bencana alam tersebut telah memberi impak kepada TNB. Segalanya akan terungkai secara terperinci dalam episod eksklusif Majalah 3 berjudul “Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir” pada 13 Mac 2023 (Isnin), pukul 9.00 malam.

Menerusi episod menarik ini, Majalah 3 akan kongsikan pengalaman empat petugas TNB yang terperangkap. Mereka menjadi saksi kepada kejadian tanah runtuh dan kepala air yang berlaku secara bertubi-tubi pada cerun-cerun sekitar stesen. Batu-batu besar yang jatuh dari cerun turut merosakkan segala yang ada di laluannya, termasuk aset-aset TNB seperti bangunan pencawang dan beberapa menara talian penghantaran elektrik.

Dalam keadaan cemas, semua petugas yang terperangkap masih lagi berusaha memegang amanah dan tanggungjawab mereka untuk memastikan bencana yang melanda ini tidak menyebabkan kerosakan pada mesin penjanaan. Sifat tanggungjawab yang tertanam dalam diri mereka ini telah berjaya mengelak keadaan yang lebih buruk berlaku. Kejadian tanah runtuh ini juga telah memutuskan laluan darat dan sungai. Ini menjadi cabaran utama untuk menyelamatkan warga kerja TNB yang terperangkap dan langkah segera telah dilakukan untuk memastikan mereka selamat.

Cabaran TNB seterusnya adalah untuk memulihkan pengoperasian stesen tersebut secepat mungkin setelah mengalami kerosakan teruk. Sasaran diletakkan oleh TNB untuk memulihkan penjanaan kuasa stesen tersebut dalam tempoh kurang daripada 6 bulan. Sebaliknya, kerja-kerja membaik pulih Stesen Janakuasa Sultan Mahmud telah siap tiga bulan lebih awal daripada perancangan asal dan ianya kembali beroperasi sepenuhnya pada 26 Jun 2022. Pelbagai cabaran telah ditempuh pihak TNB bagi mencapai misi yang dianggap mustahil ini.

Episod eksklusif ini diterajui oleh Irin Putri Azmi selaku Penerbit Eksekutif dan Penerbit serta wartawan Muhammad Hafiz Mohd Hizal.

Apakah pengalaman yang akan dikongsikan oleh wira-wira TNB ini dalam situasi genting dalam menyelamatkan diri, aset syarikat dan juga masyarakat sekeliling? Nantikan perkongsian ini menerusi Majalah 3, Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir, yang akan disiarkan pada 13 Mac 2023 (Isnin), pukul 9.00 malam. Anda juga boleh strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my. Dokumentari ini juga boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi TNB, TENAGAOfficial pada hari berikutnya.