MBM, Hap Seng Star lancar Autohaus terbaharu di Bukit Tinggi

MBM, Hap Seng Star lancar Autohaus terbaharu di Bukit Tinggi

Sagree (kanan) dan Harald ketika melancarkan Autohaus terbaharu di Bukit Tinggi

Sagree (kanan) dan Harald ketika melancarkan Autohaus terbaharu di Bukit Tinggi

MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) dan Hap Seng Star bersama-sama melancarkan pusat auto sehenti, Autohaus terbaharunya di Bukit Tinggi, menawarkan pengalaman gaya hidup mewah eksklusif kepada pelanggannya di wilayah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden MBM, Sagree Sardien berkata, pelancaran Autohaus itu menampilkan peningkatan kapasiti untuk perkhidmatan pelanggan, transformasi digital, tumpuan pada perlindungan data dan kemudahan tambahan untuk pengalaman jenama yang lancar serta mampan yang boleh ditawarkan oleh Mercedes-Benz secara eksklusif.

“Pelancaran Mercedes-Benz Autohaus di Bukit Tinggi adalah bukti komitmen bersama kami untuk mentakrifkan semula pengalaman jenama mewah untuk pelanggan Malaysia kami, pada setiap titik perjalanan mereka.

“MBM sentiasa teguh dalam mengembangkan kehadiran runcit mewah jenama itu yang bertujuan untuk meningkatkan lagi penawaran dan pengalaman pelanggan kami dalam bidang jualan serta perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Hap Seng Consolidated Berhad dan Ketua Eksekutif Bahagian Automotif Kumpulan Hap Seng, Harald Behrend dalam kenyataan yang sama berkata, pemilihan lokasi di Bukit Tinggi itu merupakan kawasan yang strategik dan sesuai untuk pihaknya menyampaikan pengalaman runcit mewah dan kualiti perkhidmatan terbaik untuk pelanggan mereka.

“Dalam konteks hari ini, kami sedar bahawa pengalaman pelanggan adalah sama pentingnya dengan penawaran produk, dan oleh itu, bersama-sama dengan Mercedes-Benz, kami berhasrat untuk memanfaatkan peluang perniagaan kereta yang besar di wilayah Bukit Tinggi dan mengembangkannya menjadi sebuah syarikat yang penting hab auto pada tahun-tahun akan datang,” ujarnya.

Autohaus itu menampilkan penambahbaikan dan naik taraf yang merangkumi konsep pengalaman runcit serta jualan yang mewah.

Selain itu, ia turut mempamerkan komitmen jenama tersebut dalam menerajui pengalaman runcit mewah, pada masa yang sama mengukuhkan usaha berpaksikan pelanggannya di negara ini.

Di samping itu, Autohaus Hap Seng Star Bukit Tinggi mempunyai kapasiti perkhidmatan sehingga 900 kereta sebulan.

Manakala, penyelenggaraan perkhidmatan berjadual dan kerja pembaikan utama dijalankan oleh juruteknik terlatih dan serba lengkap dari Mercedes-Benz.

Sumber