Master In The House Malaysia Berada Di Dalam Hati Son Sung Deuk! Members Teruja Berbalas Komen Dengan Master Dalam Instagram!

Master In The House Malaysia Berada Di Dalam Hati Son Sung Deuk! Members Teruja Berbalas Komen Dengan Master Dalam Instagram!

Walaupun berhadapan dengan kesibukkan jadual yang padat bersama-sama kumpulan terkenal dari Korea Selatan iaitu BTS berikutan konsert yang diadakan dari 10-13 Mac 2022, master ini masih berkesempatan untuk me’repost’ promo episod ke 9 program Master In The House Malaysia menerusi Instagram rasmi @masterinthehousemy dan membalas mesej setiap members di instagram beliau.

Penantian BTS ARMY Malaysia kini berakhir apabila episod yang dinanti-dinantikan mereka bakal bersiaran pada 12 Mac 2022. Master untuk episod kali ini menampilkan koreografer kepada kumpulan BTS dan Pengarah Persembahan HYBE Studio iaitu Son Seuk Deuk. Ini merupakan satu pengalaman yang berharga bagi setiap members iaitu Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam. Setiap members amat teruja apabila mendapat tips cara-cara menari dan berlatih berdasarkan konsep “K-Wave” oleh Son Sung Deuk di HYBE Studio yang turut menjadi tempat latihan kepada kumpulan BTS.

Selain itu, setiap members juga memasak makanan Malaysia yang menjadi kegemaran Son Sung Deuk. Sekiranya ingin mengetahui jenis masakan tersebut dan adakah members berjaya mempelajari gerak-geri tarian yang disampaikan serta siapa yang berjaya menawan hati master dan sekaligus mendapat pujian?

Semua terjawab dalam Master In The House Malaysia pada 12 Mac 2022 (Sabtu) pukul 10.00 malam hanya di TV3. Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy  sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.