Malaysia International Film Malaysia Golden Global (MGGA) 2022

Malaysia International Film Malaysia Golden Global (MGGA) 2022

Malaysia Golden Global Awards ke-5 2022 Mengumumkan Senarai Pencalonan

Sidang pengumuman senarai pencalonan MGGA 2022 dianjurkan oleh Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) ke -5 dan Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2022.  Selain itu, Tourism Malaysia akan menyertai festival tahun ini sebagai pihak sokongannya turut diumumkan oleh MIFFest.  Sebanyak lima pencalonan bagi filem India berjudul ‘Two Friends’, dua pelakon utama filem tersebut, Arif Shaikh berumur 10 tahun memainkan watak sebagai Safikul dan Asik Shaikh berumur 9 tahun sebagai Palash telah dicalonkan bersama di dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Best Actor) di 5th MGGA 2022 serta merta menjadikan mereka calon yang termuda MGGA ini.

Terdapat lebih daripada 100 filem yang dihantar untuk Malaysia Golden Global Awards (MGGA) untuk tahun ini, seperti ‘Drowning In Holy Water’ (Iran), ‘Full Time’ (Perancis), ‘Hail, Driver!’ (Malaysia), ‘Memoryland’ (Jerman, Vietnam), ‘No Ground Beneath The Feet’ (Bangladesh), ‘Rehana’ (Singapura, Bangladesh), ‘The Silent Forest’ (Taiwan), ‘Two Friends’ (India), ‘Wheteher The Weather Is Fine’ (Filipina, Singapura), ‘White Building (Perancis, Kemboja) telah dicalonkan sebagai Top 10 Films of 5th MGGA 2022.

Seramai lima orang juri telah dijemput sebagai juri MGGA 2022 seperti Christine Hakim sebagai Presiden Juri, Lav Diaz (Pembikin Filem Filipina), Sabrina Baracetti (Festival Presiden Udine Far East Film Festival), Ho Wi Ding (Pengarah Malaysia berpangkalan di Taiwan) dan Chong Keat Aun (Pengarah Malaysia).

Lifetime Achievement Award Malaysia Golden Global Awards ke-5 2022 – Kim Dong-Ho dan Hou Hsiao-Hsien

Dua buah anugerah Lifetime Achievement Award disampaikan kepada Kim Dong-Ho dan Hou Hsiao-Hsien di majlis anugerah tahun ini.

Pengerusi Festival Filem Antarabangsa Malaysia dan Malaysia Golden Global Awards, Joanne berkata “Mereka telah menghasilkan pelbagai karya yang terkenal kepada festival-festival dan seluruh industri filem.  Encik Kim Dong-Ho ialah salah seorang pengasas Festival Busan International Film dan Gangneung International Film Festival pada masa yang sama beliau juga merupakan Presiden Kehormat Malaysia International Film Festival.  Tanpa bimbingan daripada beliau, saya mungkin tiada mempunyai semangat untuk menjalankan MIFFEST dan MGGA sehingga hari ini”.

Senarai Tayangan Filem MIFFest

‘Edge of The World’ merupakan sebuah filem dari United States akan menjadi filem pembukaan untuk MIFFest ke-5 pada tahun ini.  Filem tersebut mengisahkan Kapten James Brooke dan menggunakan lokasi Sarawak, Malaysia sebagai penggambaran sepenuhnya dan filem ini serta-merta mendapat sokongan daripada Sarawak Tourism Board (STB) apabila filem ini akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Malaysia tahun ini.

MIFFest Project Market Ke-1 akan Dijalankan dari 12 hingga 13 Julai untuk Menemui Projek Filem Cereka yang Berpotensi di Malaysia

Tanggal 12 dan 13 Julai merupakan tarikh MIFFest Project Market ke-1 diadakan dan melibatkan kelima-lima Official Selection akan berpeluang untuk bertemu dengan penerbit, pengedar dan pelabur tempatan dan antarabangsa untuk membincangkan projek-projek mereka.

Barisan juri MIFFest Project Market pada tahun ini adalah sesperti Wu Ke-Xi (Pelakon), Keoh Chee Ang (Penerbit) dan Vijay Munisamy (Penerbit Eksekutif).  ‘Dont Assume Still Waters’ arahan Leysha Al-Yahya, ‘The Depths’ arahan David Yanez, ‘Sunny, Benny & Jenny’ arahan Jin Ong, ‘Garek’ arahan Cech Adrea dan ‘Maybe Today, If Not Today, Maybe Tomorrow’ adalah kelima-lima Official Selection MIFFest Project Market 2022.

Dadi Cinema, Pavilion akan menjadi lokasi Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-5 bermula 10 hingga 15 Julai 2022 manakala Malaysia Golden Global Awards ke-5 akan diadakan pada 16 Julai di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2022 akan disiarkan di Unifi TV (Siaran Langsung di Malaysia), Viu TV HK (Siaran Penangguhan di Hong Kong, dan Youtube MIFFest (Siaran Langsung di Seluruh Dunia).  Sila layari miffest.com.my untuk maklumat lanjut mengenai festival tersebut.