Majlis Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraaa “Madeena” & Lagu “Kembara Nabawi” Pelita Lusoh

Majlis Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraaa “Madeena” & Lagu “Kembara Nabawi” Pelita Lusoh

Ali Zahraa Holding Sdn Bhd (Ali Zahraa) merupakan pengeluar dan juga pemasar produk kecantikan dan kesihatan yang cukup terkenal.  Syarikat ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang produk kecantikan dan kesihatan semenjak  tahun 1998. Pada 2017, penjenamaan semula Ali Zahraa, sekali lagi telah menggegarkan pasaran dan menjadi fenomena di Malaysia dengan kelahiran serum Madeena, gel terapi, zahra minyak aroma terapi dan lain-lain. Pelanggan Ali Zahraa mempunyai lebih daripada 300 ribu orang di seluruh Malaysia dan mereka merupakan penggemar dan pengguna setia produk Ali Zahraa yang membolehkan syarikat mencipta jumlah jualan jutaan dalam tempoh setahun.

Antara produk Ali Zahra – Jenama Madeena

Baru-baru ini, Ali Zahraaa Holding Sdn Bhd dan Asia Empire Records telah mengadakan majlis pelancaran produk penjagaan kulit Ali Zahraa “madeena” dan juga lagu terbaru “kembara Nabawi” Pelita Lusoh serta lirik video rasmi. Ali Zahraa “madeena” telah bekerjasama penuh bersama Pelita Lusoh sekali untuk menggegarkan pasaran produk kecantikan kulit sekali lagi dengan menjangkakan jumlah jualan jutaan bagi melepasi pencapaian sebelum ini. Produk terbaru Ali Zahraa “madeena” yang dijayakan oleh Pelita Lusoh. Kumpulan tersebut menjadi duta produk malahan sebagai rakan kongsi untuk bersama melayakkan produk Ali Zahraa bakal menembusi ke pasaran Asia.

Produk muslim unggul Ali Zahraa “madeena” tercipta setelah usaha mengembleng bersama selama setahun. Syarikat Asia Empire Records dan Pelita Lusoh Production telah beroperasi selama 2 tahun dan mereka mempunyai studio rakaman, artis naungan, pengurusan artis, produksi muzik video dan juga pelbagai lagi produk dan servis pada masa akan datang. Kini, telah tiba masanya pelita lusoh kembangkan perniagaan mereka dengan sesuatu yang baru. Asia Empire Records dan Pelita Lusoh Production dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah filem dan drama bersiri yang bakal menemui peminat dalam masa terdekat.

Lirik video rasmi kembara nabawi

Pengambaran rakaman pembikinan lagu Kembara Nabawi dijalankan di Asia Empire Records studio sepenuhnya semasa sesi rakaman lagu tersebut. Keseluruhan produksi lirik video ini adalah dilakukan  oleh Asia Empire Records. Lirik video rasmi telah dilancarkan secara rasmi pada 29 julai 2020 jam 8:30 malam di saluran youtube rasmi Asia Empire Records. Laman sesawang rasmi facebook dan Instagram Pelita Lusoh. Rakaman single ini juga menampilkan pemuzik jemputan seperti Daus dari kumpulan (Drama band) sebagai pemain bass & Rudy dari kumpulan “Nastia” untuk bunyian strings. Penulisan lagu ini menceritakan tentang perjuangan dan kehidupan rasulullah saw.