Hartawan Hong Kong sertai Lembaga Pengarah Inix Technologies

Hartawan Hong Kong sertai Lembaga Pengarah Inix Technologies

KUALA LUMPUR – Inix Technologies Holdings Berhad hari ini mengumumkan pelantikan hartawan Hong Kong, Chak Ho Sum sebagai Pengarah Bukan Eksekutif syarikat itu.

Dalam laporannya kepada Bursa Malaysia, Ho Sum merupakan ahli perniagaan yang terkenal di Hong Kong, Macau dan Asia Tenggara yang memegang jawatan dalam 13 buah syarikat.

Beliau berperanan sebagai Pengarah Eksekutif syarikat Fighting Creative and Culture Production; Blue Moon Music and Culture Limited; Time Film Production Company; Time Sports Club; Hong Kong New Territories Hydroponics Company dan Cambodia Genting Crown Casino Fan Tian Gambling Hall.

Ho Sum juga adalah Pengarah Persembahan Kesenian Kelab Sukan Budaya, Hong Kong Elderly Cultural Association serta Pengarah Majlis Perniagaan China dan Majlis Perdagangan Antarabangsa China.

Selain itu, beliau adalah Presiden Kehormat Hong Kong MX Club; Rescue Boat Association of Hong Kong; Malaysia Dragon and Lion Club dan Pegawai Kehormat Jiaojing Longtan Guanyin Temple.



Sumber