Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UITM Shah Alam dan JV Auto Lube

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UITM Shah Alam dan JV Auto Lube

Majlis menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) diantara UITM Shah Alam dan JV Auto Lube diadakan di Dewan Canceleri Tuanku Syed Sirajuddin UITM Shah Alam semalam. En. Mohmd Zaidi Mohmd Saude merupakan pengarah JV Auto Lube Sdn. Bhd dan beliau juga merupakan seorang Alumni Uitm.

“JV Auto Lube merupakan pakar dalam bidang transmisi gearbox, bengkel pertama saya berada di Seksyen 7, Shah Alam pada tahun 2005 dan hanya menggajikan 4 orang pekerja sahaja. Dari bengkel perkhidmatan sehingga dapat mengeluarkan satu produk automotif. Dahulunya hanya sebuah bengkel kini hampir 100 panel diseluruh Malaysia. Selain itu, kami juga merupakan rujukan tempatan pengeluar kepada kereta-kereta tempatan seperti proton dan juga luar negara seperti nissan dan honda” katanya.

Beliau juga rajin membuat kajian tentang transmisi gearbox. Asbab JV Auto Lube berkolaborasi bersama uitm ini untuk mengetengahkan toknologi-teknologi yang lebih bagus malah uitm mempunyai mesin-mesin yang canggih dan harga mencecah jutaan ringgit yang tidak boleh didapati di bengkel-bengkel lain. Selain itu, untuk menghasilkan formula yang baru dan lebih berkesan mengambil kira-kira hampir 18 bulan kerana material yang dipakai adalah dari luar negara.

Anak tempatan mempunyai banyak kemahiran yang kita tidak nampak. Peluang pekerjaan juga sangatlah terhad jadi JV Auto Lube akan menyediakan platform pekerjaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga pekerja kerana skop automotif ini terlalu terhad dan perlu diperluaskan.