Lovechestra Mahalini Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Februari Ini

Lovechestra Mahalini Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Februari Ini

Ni Luh Ketut Mahalini, penyanyi menakjubkan dari Bali, Indonesia, yang mendapat populariti dengan lagu “Sial,” memang terkenal. Ayu Raharja yang lebih dikenali dengan nama pentas Mahalini ke Malaysia bagi menyokong konsert “LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR” pada 3 Februari 2024 yang akan berlangsung di Megastar Arena, KL @ Sg. Wang Plaza dan menampilkan bintang tetamu khas Rizky Febian. Konsert itu dianjurkan oleh Kharisma Music dan jenama kosmetik terkenal Alha Alfa dari negara itu. Acara bermula pada jam 8.00 malam.

Ditanya mengapa mahu kembali ke Malaysia buat kedua kalinya, Mahalini berkata, “Sebenarnya idea disebalik konsert ini muncul ketika konsert FABULA 1.0 dan 2.0 tahun lalu, saya ingin memberikan sajian pertunjukan dan pengalaman yang berbeza dari sebelumnya dengan konsep muzik, busana, penari latar, kesan visual dan set pentas yang lebih menarik.

“Dan sudah pastinya merindukan peminat-peminat di Malaysia yang mahu saya kembali lagi. Bertempat di sebuah restoran terkemuka di tengah-tengah ibu kota yang diserikan dengan deko menawan oleh Kayangan Gallery, bermula 7:00 malam, sebuah sidang media bersama rakan-rakan media Malaysia diadakan bagi membuat hebahan tentang rencana konsert LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR yang bakal diadakan.

Menurut En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, “Pemilihan Mahalini dibuat berdasarkan pencapaiannya dalam meraih pelbagai anugerah serta pengiktirafan di industri muzik Indonesia beserta jumlah penstriman yang tertinggi di Spotify (Indonesia), dengan karya-karya nyanyiannya yang sering menjadi viral di medsos, dan juga sifat prihatin Kharisma Music dalam mengambil berat permintaan penggemar muzik di Malaysia yang mendambakan hiburan ‘live’ dalam bentuk fizikal.

“Bertemakan ‘Lovechestra’ (love + orchestra), ia menggabungkan gubahan dan susunan muzik orkestra yang berkisarkan kisah cinta, kisah suka dan duka sepanjang karier seni serta peribadi Mahalini yang mudah didekati dan sentiasa membuat orang sekelilingnya senang, dan istimewanya konsert ini akan dijayakan bersama 20 pemuzik tempatan yang terpilih. Oleh itu, rugi barang siapa yang tidak menontonnya.

Setakat ini, Mahalini masih lagi mempersiapkan diri dari segi susunan muzik yang baharu, latihan di studio dan lain-lain persiapan menjelang tarikh konsert.

“Konsert ini nanti dijangkakan akan berlangsung selama lebih kurang 2 jam dengan hampir 15 sehingga 17 buah lagu yang akan dipersembahkan bersama-sama band saya sendiri yang dipanggil ‘Lini’ dengan pengarah muzik khas dari Indonesia iaitu Ronald Steven, Adrian Kitut, Raymond Aditya dan juga Dennis Nusi.

“Paling istimewa, ‘Iky’ (panggilan mesra buat Rizky Febian) akan turut serta membuat persembahan bersama saya nanti,” jelas Mahalini tersipu malu.

Selain penganjur bersama, Alha Alfa dan Kharisma Music, konsert ini turut mendapat sokongan dari rakan radio rasmi, ERA, rakan deko, Kayangan Gallery, rakan penerbangan, Batik Air, dan rakan bersama, HAPM.

Ditanya apakah yang penonton bakal rasai di konsert itu nanti, jawab Mahalini teruja, “Mereka akan terbawa ke dalam dunia saya melalui persembahan yang cukup istimewa, mereka akan merasai sendiri sebuah momen cerita indah dalam kehidupan mereka yang berawal dari karya-karya saya yang mewakili perasaan penonton semua.

“Jadi jangan lupa temujanji kita dan ‘yuk’ berhibur di konsert Lovechestra Mahalini nanti!

Sebagai makluman, pembeli tiket konsert LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan hadiah utamanya berupa sebuah kereta, serta hadiah-hadiah lain yang tidak kurang menariknya, jadi dapatkan tiket-tiket anda dengan kadar segera!

Tiket-tiket konsert terbahagi dalam beberapa kategori: Standing (RM279), Gold Seated (RM299), VIP Standing (RM399), VIP Seated (RM429) dan VVIP Seated (RM799).

Pembelian boleh dilakukan di laman web www.ticket2u.com.my/mahalini.