Lima termasuk suami isteri didakwa tipu pinjaman tidak wujud

Lima termasuk suami isteri didakwa tipu pinjaman tidak wujud

Kesemua tertuduh diiringi polis sebaik tiba di mahkamah pada Selasa.

Kesemua tertuduh diiringi polis sebaik tiba di mahkamah pada Selasa.

PORT DICKSON – Lima individu termasuk sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan penipuan dalam menawarkan pinjaman wang tidak wujud secara dalam talian, tahun lalu.

Tertuduh, Lee Jia Re, 23; Jason Lee Lian Sheng, 25; Jass Lee Ying Xing,19; pasangan suami isteri Kamarul Nazrin Kamarulzaman, 29 dan Amiratul Najihah Abdul Malik, 21 membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Uthman Abd Ghani.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh secara bersama-sama telah menipu dengan memperdayakan seorang lelaki sehingga dia membuat pembayaran sebanyak RM3,897 ke dalam satu akaun bank bagi urusan mendapatkan pinjaman wang secara dalam talian.

Perbuatan itu dilakukan pada 11 November tahun lalu di sebuah resort di Port Dickson.

Sumber