LKE Hydroponic Farm Peneraju Contoh Agrikultur Moden dan Amalan Inovasi Hijau

LKE Hydroponic Farm Peneraju Contoh Agrikultur Moden dan Amalan Inovasi Hijau

Bentong, Pahang merupakan lokasi seterusnya yang mempunyai kebun pelancongan eko iaitu LKE Hydroponic Farm yang mengamalkan penanaman hidroponik secara efektif untuk penghasilan tanaman segar yang dilancarkan pada 23 Mac 2022 oleh LKE Group Sdn. Bhd. turut disaksikan oleh Timbalan Pengarah Kanan Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Pn. Rosnah Mustafah.

Ditubuhkan pada tahun 2019 sebagai sebuah fasiliti persendirian, LKE Hydroponic Farm merupakan sebahagian yang dimiliki oleh LKE Group Sdn. Bhd. termasuk LKE Musang Queen, LKE Hydroponic Farm, LKE Bio Ginger Farm, LKE Swiflet Farming, LKE Palm Oil Plantation dan LKE Natural Rubber.  LKE Hydroponic Farm berkeluasan 1.5 ekar ini mengamalkan kaedah mesra alam dengan menggunakan air sebagai asas untuk bercucuk tanam tetapi menggunakan kurang 80-90 peratus air berbanding teknik penanaman tradisional serta-merta mampu menghasilkan tanaman yang lebih sihat dan berkhasiat dengan penggunaan racun serangga yang minimum juga penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam Amalan Inovasi Hijau.

Disamping itu, teknik hidroponik di LKE Hydroponic Farm memberi kelebihan melalui pengawalan suhu dan pemantauan kelembapan yang membolehkan semua tanamannya boleh ditanam sepanjang tahun berikutan penuaian tidak bergantung kepada musim menuai.  Tambahan pula, teknik tanaman hidroponik mampu mencapai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak dua kali ganda yang membolehkan potensi hasil dapat ditingkatkan kerana setiap tanaman mempunyai ruang akar yang lebih luas maka tiada persaingan melibatkan tumbuhan mendapatkan air untuk membesar.

Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan LKE Group Sdn. Bhd., En. Jeremy Chin berkata “Walaupun kami mengalami kesukaran semasa peringkat awal akibat pandemik, kini kami bersedia untuk menjemput para pengunjung dari seluruh dunia apabila Malaysia membuka pintu sempadan nanti.  Jadi, kami mengharap dapat memberi inspirasi kepada pemain-pemain industri untuk menggunakan amalan-amalan inovatif yang mampu meningkatkan kecekapan dan produktiviti untuk hasil yang lebih baik, berdasarkan pendekatan saintifik.  Dengan itu, ekonomi Malaysia akan berkembang secara signifikan dan kita lebih dekat untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan menjelang 2030”.

LKE Hydroponic Farm juga mengalu-alukan kedatangan pelancong tempatan dan antaranbangsa untuk melawat kawasan di seluruh fasiliti sambil dibawa oleh atendan yang terlatih pada masa yang sama pelancong berpeluang menimba pengalaman dan ilmu baharu mengenai sistem hidroponik.  Selain itu, para pengunjung juga dapat menikmati pelbagai hidangan istimewa yang disediakan daripada hasil tanaman kebun tersebut.

“Saya amat bangga melihat rakyat Malaysia mengambil inisiatif untuk menjaga Bumi kita dan memastikan kehidupan yang lestari untuk generasi akan datang.  LKE Hydroponic Farm ini sudah pasti menetapkan penanda aras dalam industri pertanian di Malaysia dan ianya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti pendidikan yang menghiburkan (edutainment), sesuai untuk golongan kanak-kanak.  Selain itu, LKE Group Sdn. Bhd. juga menawarkan pelbagai kemudahan di tanah yang seluas 200 ekar ini, dimana ianya dapat menarik perhatian para pelancong dari dalam dan luar negara serta meningkatkan sektor ekopelancongan di Malaysia.” ujar Timbalan Pengarah Kanan Lembaga Pengalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Pn. Rosnah Mustafah.

Paparan penuh Majlis Pelancaran LKE Hydroponic Farm Bentong Pahang boleh ditonton melalui klip dibawah: