LEBIH 300,000 ‘OGHE PATA TIMO’ BERJAYA DIHIMPUNKAN DALAM KARNIVAL JOM HEBOH BABA’S DI KELANTAN

LEBIH 300,000 ‘OGHE PATA TIMO’ BERJAYA DIHIMPUNKAN DALAM KARNIVAL JOM HEBOH BABA’S DI KELANTAN

Perkarangan RTC Tunjung, Kota Bharu itu dihujani lebih 300,000 pengunjung sepanjang tiga hari (7-9 September) ketika Karnival Jom Heboh (KJH) BABA’s berlangsung, ‘Sek kito’ memang tidak menghampakan. ‘Oghe Pata Timo’ (orang pantai timur) telah memeriahkan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh KJH BABA’s berlandaskan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Lokasi ketiga bagi tahun 2023 ini menjadi lebih istimewa apabila KJH BABA’S menerima kunjungan daripada Yang Amat Berhormat Mulia, Tengku Abdul Halim Al-Haj Almarhum Sultan Ibrahim, Tengku Laksamana Kelantan; Yang Amat Mulia Dato’ Seri Diraja Sharifah Azwan Binti Almarhum Tengku Syed Putra Jamalullail, Tengku Puan Laksamana Kelantan dan Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato’ Haji Hassan, Timbalan Menteri Kelantan. Kunjungan ini diiringi oleh Datuk Seri (Dr) Syed Hussein Aljunid, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad dan Pengurus Kanan Media Prima Berhad yang lain. 

KJH yang direncahkan oleh BABA’S memeriahkan lagi suasana dengan pemberian pek nasi secara percuma kepada pengunjung yang hadir. BABA’S berjaya memikat hati pengunjung dengan membawakan tradisi masyarakat Kelantan, ‘bekwoh’ atau kenduri besar-besaran dengan edaran 10,000 nasi gulai kawah ayam secara percuma bagi mengimbau kenangan pengunjung pada musim kenduri. BABA’S turut menyediakan pelbagai aktiviti bersama pengunjung seperti demonstrasi masakan kari, aktiviti permainan untuk mendapatkan hadiah-hadiah misteri BABA’S dan aktiviti info halal bersama BABA’S bagi menghargai pengguna setia BABA’S.

Meskipun cuaca hujan buat seketika, namun ia tidak menghalang orang ramai untuk terus saksikan acara kemuncak iaitu Konsert Jom Heboh! Konsert Jom Heboh yang menampilkan Mat Dan, Fizi Ali dan Kai Hassan sebagai pengacara berjaya merekodkan lebih 20,000 orang yang hadir pada malam terakhir konsert (9 September) untuk saksikan penyanyi kegemaran mereka membuat persembahan. Antaranya, Azzam Shah, Ameng Spring, Ariff Bahran, Aepul Roza, Yamani Abdillah, Naqiu, Khai Bahar, Syafiq Farhain, Lan Solo, Nizam Laksamana, Rahmad Mega, Aiman Tino dan Irfan Haris. 

Reruai Studio Tonton Drama Sangat diserbu orang ramai dengan pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan. Pertandingan yang mengetengahkan warisan Negeri Kelantan seperti Pertandingan Dikir Barat dan Pertandingan Laungan Azan Kanak-Kanak secara tidak langsung dapat menaikkan budaya seni negeri itu serta memartabatkan lagi warisan ke peringkat yang lebih tinggi. Kumpulan Langgam Kesuma berjaya merangkul gelaran juara dengan membawa pulang hadiah sebanyak RM3,000! Manakala adik Muhammad Rayyan Hari Mohd Nasrul Safwan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300 setelah mengalahkan sembilan peserta yang lain dalam Pertandingan Laungan Azan Kanak-Kanak.

Kemunculan selebriti popular tanah air di Studio Tonton Drama Sangat selama tiga hari berturut-turut ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk bergambar dan beramah mesra bersama selebriti kesukaan mereka seperti Nabil Aqil, Raja Atiq, Wany Hasrita, Ashraf Muslim, Da’i Azrin, Da’i Aiman, Sir Asai, Kamal Effendy, Ustaz Tarmizi, Ustaz Fazrul, Ustaz Khairol, Erma Fatima, Datin Umie Aida, Mekyun, Izzue Islam, Mathni Razak, Asrul Faizal, Zaki Azeman dan Aween Ismail.

Jangan lepaskan peluang anda kerana keseronokan KJH 2023 akan diteruskan ke lokasi-lokasi seterusnya iaitu Johor dan Sarawak! Sila layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial untuk maklumat yang lebih lanjut.

#JomHebohBABA’S #jomhebohofficial #KJH2023 #JomHebohKelantan2023