Koronavirus: Ambank benar penangguhan bayaran

Koronavirus: Ambank benar penangguhan bayaran

KUALA LUMPUR – AmBank Group menawarkan penangguhan sementara atau penstrukturan semula ansuran kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat wabak 2019 novel koronavirus (2019-nCoV).

AmBank dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelanggan yang terjejas boleh menghubungi pihak bank yang kemudiannya akan menilai dan mempertimbangkan untuk membuat penangguhan sementara atau penstrukturan semula ansuran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, sebagai bank yang prihatin, AmBank bersimpati terhadap nasib para pelanggannya, khususnya individu dan PKS yang terjejas oleh 2019-nCoV.

“AmBank komited untuk membantu mereka dalam saat-saat yang menguji ini,” kata beliau.

Sementara itu, bahagian insurans dan takaful kumpulan, AmMetLife dan AmMetLife Takaful memperkenalkan bantuan kewangan yang mampu menyokong pemilik polisi.

Kedua-dua syarikat menawarkan liputan ke atas kemasukan ke hospital yang disebabkan oleh 2019-nCoV, melalui beberapa hospital kerajaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Untuk maklumat lanjut atau bantuan, pelanggan boleh menghubungi 03-2178 8888 atau menghantar e-mel kepada bank pada [email protected] atau kunjungi cawangan berhampiran.- Bernama



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *