Konsert Repvblik Live in Kuala Lumpur pada 11 Ogos 2023

Konsert Repvblik Live in Kuala Lumpur pada 11 Ogos 2023

Telah berlangsung pada 11 Ogos 2023 Konsert Repvblik 19th Anniversary Live di Kuala Lumpur, Zepp KL pada malam yang lalu , menyaksikan kehadiran 1,700 peminat yang berkumpul meraikan kehadiran band dari Indonesia itu.

Kumpulan muzik berasal dari berasal dari Bogor, Indonesia yang cukup popular dengan lagu-lagu cinta seperti Sandiwara Cinta, Sayang Sampai Mati, Selimut Tetangga dan banyak lagi telah mengadakan konsert istimewa sekaligus meraikan sambutan ulang tahun ke-19 mereka.

Konsert anjuran Aytie Management dan Boomset Planning menyajikan sebanyak 20 buah lagu kepada peminat dengan menggabungkan karya-karya baharu dan lama.

Repvblik yang dianggotai Ruri, Tyar, Eii, dan Lavy turut berkongsi rasa teruja mereka dapat kembali ke Kuala Lumpur dan tampil untuk membuat persembahan di hadapan peminat.

Konsert berdurasi satu jam setengah itu menyaksikan Repvblik mempersembahkan lagu-lagu popular mereka. Antaranya, Hanya Ingin Kau Tahu, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga. mereka juga mempersembahkan lagu popular Malaysia iaitu Buih Jadi Permadani atau Mengintai Dari Tirai Kamar yang dipopularkan kumpulan Exist.

Seramai 1,700 penonton hampir kesemuanya terpukau dan sangat berpuas hati dengan persembahan dari kumpulan Repvblik pada 11 Ogos yang lepas.