Komitmen Kumpulan EMKAY hasilkan pembangunan berkualiti, mampan

Komitmen Kumpulan EMKAY hasilkan pembangunan berkualiti, mampan

Fazwinna (tiga dari kanan) bersama ahli keluarga pada acara potong kek sempena ulang tahun ke-40 Kumpulan EMKAY.

Fazwinna (tiga dari kanan) bersama ahli keluarga pada acara potong kek sempena ulang tahun ke-40 Kumpulan EMKAY.

KUMPULAN EMKAY yang terkenal sebagai pemain industri hartanah meraikan ulang tahun penubuhan ke-40 menerusi sambutan yang diadakan di Mercu Mustapha Kamal di Damansara Perdana pada Jumaat.

Syarikat diasaskan oleh Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar pada 1983 itu telah berjaya membina projek perumahan dan bangunan komersial termasuk di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh, Bukit Merah, Taman Bunga Raya serta Cyberjaya.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan EMKAY, Datuk Fazwinna Mustapha Kamal berkata, pihaknya menghargai komitmen warga kerja syarikat yang bersama dalam berdepan pelbagai cabaran termasuk pandemik Covid-19.

“Saya melihat ketabahan dan kegigihan bapa saya untuk membangunkan syarikat hingga berjaya ke tahap ini.

Sumber