TAHUKAH anda bahawa daun bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan negara kita dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Selain untuk kesihatan, ia juga mampu memberi kecantikan buat rambut anda termasuk menghilangkan kelemumur, membuatkan rambut berkilat dan menyejukkan kulit kepala.
Bagaimanakah caranya?
Mudah sahaja, ambil beberapa helai daun bunga raya dan masukkannya ke dalam bekas bersama air. Ramas sehingga daun mengeluarkan lendir.
Kemudian sapu lendir tersebut ke bahagian kepala dan seluruh rambut. Sebaiknya lakukan sebelum anda tidur malam. Esok pagi, cuci dan bilas rambut anda. Rasailah sendiri kesegarannya.
Ingat, buat secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang maksimum.
Selamat mencuba ya!