Kembali Mencipta Keajaiban: Butterfingers Merayakan 20 Tahun Album Malayneum Dengan Konsert Malayneum 23 di Stadium Malawati

Kembali Mencipta Keajaiban: Butterfingers Merayakan 20 Tahun Album Malayneum Dengan Konsert Malayneum 23 di Stadium Malawati

Setelah mencapai kejayaan gemilang dengan Konsert Transcendence 20 Tahun di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 November 2019, sebelum kepulangan pandemic Covid-19, Butterfungers kini berhasrat unruk memimpin para peminat setia dalam satu perjalanan nostalgia yang menghidapkan semua cemerlangnya era kegemilangan muzik mereka. Ini akan diwujudkan menerusi Konsert Malayneum 23 yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 7 Oktober tahun ini.

Salah seorang pemangkin utama dalam Kumpulan Buuterfingers, LoQue atau Khairil Ridzwan Annuar, berkongsi bahawa idea ini telah bermain-main di mindanya sejak Konsert Transcendence Berjaya, tetapi ia terhenti oleh gelombang pandemic yang telah melanda selama beberapa tahun. Namun, pada tahun 2023 ini, suasana nampaknya lebih cerah, membuka peluang untuk mewujudkan idea tersebut.

Kata LoQue “Butterfingers percaya semua pendengar dan pengikut kultus kami sentiasa dahagaka persembahan kami secara ‘live’. Kami juga percaya, tindak balas kimia yang kami salurkan apabile kami berempat berentap bersama di atas pentas sejak pasca Transcendence 20 bakal menggami nostalgia serta mengukir memori baru baik kepada penonton juga kepada kami ahli kumpulan.”

Apabila ditanya mengapa tujuan utama Konsert Malayneum 23 ini diadakan adalah kerana Butterfingers pada tahun 2001 ketika itu sedang ligat menghasilkan album demi album sejak album pertama iaitu 1.2 Milligrams. Ketika album ke-3 Butterfingers Transcendence belum selesai mendapat menempa nama di arus perdana, tanpa melengahkan masa Butterfingers terus telah mengeluarkan album ke-4 mereka Malayneum dengan bunyi-bunyian yang lain dari album-album sebelumnya.

Menurut LoQue, “Dari perspektif syarikat rakaman, album in telah dikira sebagai ‘bunuh diri secara komersial’ kerana kami (Butterfingers) telah using 180 darjah bunyi-bunyian kami untuk lari dari bunyi-bunyian album Transcendence sebelum itu. Oleh kerana album Malayneum ini dilihat sebagai janggal dan aneh dari album-album sebelumnya, juga atas beberapa faktor lain yang tak dapat dielakkan, maka kami tidak sempat untuk meraikan album ini secara sepenuhnya ketika itu. ‘Tour’ (kembara) Malayneum tidak dapat diraikan sepenuhnya maka telah dipendekkan..”.

“Oleh itu, album ini dianggap ‘setengah masak’ kerana kami tidak dapat bermain ‘live’ lagu-lagu dari album Malayneum secara menyeluruh. Jadi, Konsert Malayneum 23 in bakal menyaksikan lagu-lagu dari album Malayneum antaranya, akan dimainkan dalam perspektif yang berbeza di era yang berbeza untuk semua yang hadir nanti.” tambah LoQue.Emmett yang bakal tampil bermain gitar semula atas permintaan ramai, dia berkata, “Saya begitu teruja dan hanya berharap untuk ‘menghidangkan’ satu persembahan yang boleh dingati dan luar biasa. Tidak lebih dari itu. Yang paling penting adalah untuk saya sendiri merasa puas yang betul-betul puas, ini kerana jika diri saya dapat rasai kepuasan tersebut, maka sudah pasti anda semua yang hadir tentu akan lebih puas, sepuas-puasnya.”

Emmett yang bakal tampil bermain gitar semula atas permintaan ramai, dia berkata, “Saya begitu teruja dan hanya berharap untuk ‘menghidangkan’ satu persembahan yang boleh diingati dan luar biasa. Tidak lebih dari itu. Yang paling penting adalah untuk saya sendiri merasa puas yang betul-betul puas, ini kerana jika diri saya dapat rasai kepuasan tersebut, maka sudah pasti anda semua yang hadir tentu akan lebih puas, sepuas-puasnya.”

Tambah Emmett lagi, “Malayneum adalah satu album ‘underrated’ yang lahir sebelum kami memasuki “Era hibernasi peti ais” (hiatus) dan seluruh ahli kumpulan tidak dapat berpeluang meraikannya dengan secukupnya. Kebanyakan lagu-lagu dalam album in juga kesemuanya jarang dimainkan di atas pentas dan ada yang langsung tidak pernah dipersembahkan. Album ini datang dengan bunyi-bunyian yang tidak ‘grunge’ seperti kebanyakan album yang kami ada.”

LoQue pula menambah, “Trek-trek dalam album Malayneum sangat berbeza berbanding album kami yang lain. Ketika merakamkan album ini, kami agak bosan dengan ‘power chords’, otak kami juga telah pecah kepada pelbagai saluran kreativiti. Ini kerana ketika itu Emmett dan saya dipengaruhi oleh muzik-muzik yang di luar aliran ‘rock’ mahupun ‘grunge’. Album Malayneum ini juga secara kiasannya ibarat ‘senjakala’ kerana ia perantara antara siang dan malam.”

“Oleh kerana itu, kami menyuntik elemen-elemen akustik dan elektronik seperti penggunaan ensemble biola ‘string quartet’, ‘horn section’ (trumpet dan trombol) dan juga permainan runut sampel-sampel (antaranya suara Cikgu, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee) dan synthesizer.”

Bercerita perihal Malayneum, Loque berkongsi lagi, “Apabila memikirkan kembali sekarang, 2 dekad selepas dikeluarkan, saya boleh katakan Malayneum sangat menonjol sebagai satu album kami yang paling unik. Album ini berada di antara grunge, alternatif dan indie rock. Album in juga berada dalam kategori sendiri dalam “satu ruang” yang menarik, sukar untuk kami letakkan dalam mana-mana kategori. Kami yang ketika itu, sedang giat menyiapkan beberapa lagu dan album, namun boleh beralih daripada era grunge kepada sesuatu yang “lain”. la seperti album yang terperangkap dalam transit antara 2 era, tidak berada dalam mana-mana acuan tertentu. Selepas 20 tahun, kami bersyukur kerana kami membawa haluan tersebut yang belum pernah lagi dibawa Butterfingers tetapi Malayneum cukup siap dan berada dalam liganya sendiri”.

Kadak pula berkata “Malayneum ini adalah satu karya yang ‘diperam’ dan ‘masak ranum’. Pendengar album ini diharap dapat alami semua lagu dan menikmatinya dengan baik terutamanya pada persembahan malam nanti. Mari sama-sama runtuhkan tembok yang membatasi pilihan musikaliti Butterfingers yang susah lagi bersama sekarang kerana kekangan masa masing-masing dari kami. Ini juga masanya kita berkumpul, alami dan hargai usaha keseluruhan bunyi-bunyian lagu dari album Malayneum. Kalau bukan masa anniversary (ulang tahun ke 20) ini, bila lagi?.”

Mengakhiri perbualan bersama Kadak, dia member tafsiran bahawa “Lagu-lagu dari album Malayneum ini sebagai ‘gelap’ atau ‘abyss’, bermaksud kebanyakan lagu adalah bermain dengan satu kitaran percikan emosi dan liriknya dititipkan transisi perasaan yang mahu dizahirkan. Pada malam konsert nanti kami akan cuba menjanjikan kelainan. Untuk yang mahu tahu apa kelainan yang akan kami bawa, maka ‘wajib’ membeli tiket sebelum terlambat dan rugi.”

“Konsert Malayneum ini akan menjadi pentas besar dan kami meletakkan sepenuh harapan untuk penonton datang. In juga sebagai hadiah kepada penggemar bunyi Butterfingers yang sentiasa menunggu kehadiran Butterfingers walaupun setelah beberapa tahun tidak bersama dalam satu pentas besar. Untuk yang ingin tahu kelainan konsert kali ini, perlu lah hadir…” Loko berharap semua yang membesar dengan muzik Butterfingers dapat hadir bersama meriahkan konsert ini selain berharap dapat menarik minat generasi baharu terhadap muzik yang dibawakan oleh mereka.

“Walaupun konsert ini untuk meraikan 2 dekad album Malayneum, namun demi tidak mengecewakan pengikut kultus kami, kami akan menyajikan lagu-lagu ‘kek lapis’ dari era awal Butterfingers iaitu lagu-lagu kegemaran ramai dalam repertoire kami.” kata LoQue sebelum perbualan berakhir.

Konsert Malayneum 23 Butterfingers bakal diadakan pada tanggal 7 Oktober dean di Stadium Malawati, Shah Alam. Lokasi ini sekali lagi dipilih kerana kapasiti penonton yang boleh memuatkan sehingga lebih 8000 penonton dalam satu-satu masa.

Tiket konsert sudah mula dijual! Zon tempat duduk mula dijual dengan harga bermula RM99 (Ginseng), RM135 (Suddenly), RM199 (Pacific) dan RM249 (Mating Season). Manakala untuk zon berdiri, harga tiket bole didapati pada harga RM169 (Malayneum) sahaja.

Serta tambahan tempat duduk utama dengan harga bermula RM499 (Malayneum Deluxe) untuk pembeli bergambar bersama (meet & greet) dan memiliki barangan rasmi (official merchandise).

Segala urusan pembelian tiket adalah menerusi www.ticket2u.com.

Sebarang info lanjut mengenai penganjuran Konsert Malayneum 23, terus hantarkan emel anda ke penerbitanpancasona@gmail.com atau hubungi 012-2032585 (Penerbitan Pancasona).