KEHANGATAN ANUGERAH DRAMA SANGAT 2021 (ADS 2021) SEMAKIN TERASA!

KEHANGATAN ANUGERAH DRAMA SANGAT 2021 (ADS 2021) SEMAKIN TERASA!

Peminat-peminat tegar drama tempatan pastinya berdebar-debar untuk menyaksikan drama mana yang bakal bergelar Drama Popular dan Drama Terbaik pada tahun ini. Anugerah Drama Sangat 2021 anjuran TV3 ini, julung kali diadakan dan bakal disiarkan secara langsung pada 18 Disember 2021, 9.00 malam – 11.00 malam  di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). 

Anugerah Drama Sangat 2021 yang dibawakan oleh foodpanda selaku penaja ini juga akan disiarkan secara strim langsung di tonton dan YouTube TV3 (@TV3MALAYSIAOFFICIAL) pada waktu yang sama. Nantikan kemeriahan malam anugerah ini yang akan digamatkan oleh dua pengacara utama iaitu Nabila Huda dan Ain Edruce. 

Penyampai anugerah pada malam Anugerah Drama Sangat 2021 juga bukan calang-calang selebriti. Semuanya adalah selebriti yang dinanti-nantikan oleh penonton seperti Azhan Rani, Izzue Islam, Nabila Razali, Redza Rosli, Sharifah Rose, Erra Fazira, Aaron Aziz, Zul Ariffin, Fify Azmi, Ogy Ahmad Daud, Jalil Hamid, Hisham Hamid dan Scha Elinnea. Kemeriahan berganda dengan persembahan-persembahan hebat daripada selebriti terkenal tanah air iaitu Dato’ Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Misha Omar, Khai Bahar, Cassia, Cat Farish, Ariff Bahran, Sarah Suhairi, Stacy, Ismail Izzani, MK dan Noki.

Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, “Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) diadakan sebagai penghargaan kepada warga produksi yang telah bertungkus-lumus menghasilkan kandungan kreatif drama buat penonton setia drama tempatan di Malaysia. Pada masa sama memberi peluang kepada semua di luar sana untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada artis-artis kesukaan mereka serta pengkarya seni yang berjaya menambat hati mereka yang sememangnya “kaki drama” menerusi drama-drama yang dipertandingkan. Dalam 11 kategori yang dipertandingkan, terdapat dua kategori utama yang dinanti-nantikan iaitu kategori Drama Popular dan Drama Terbaik. Drama Popular mendapat undian 100% daripada penonton manakala Drama Terbaik pula merupakan 100% undian juri. Malam anugerah ini nanti, kita akan dapat lihat adakah drama yang menjadi bualan hangat berjaya meraih anugerah Drama Terbaik?”

Sementara itu, Bernard Chong, Pengarah Pemasaran foodpanda berkata, “Buat julung kalinya, foodpanda dan Media Prima Berhad bekerjasama untuk Anugerah Drama Sangat edisi 2021 kali ini. Kami sentiasa menyokong industri drama tempatan kita dan teruja dapat sama-sama memeriahkan suasana Anugerah Drama Sangat yang julung kali diadakan ini. Untuk penonton TV3 dan peminat Drama Sangat, nantikan pelbagai kejutan daripada kami. Jom saksikan Anugerah Drama Sangat 2021 di TV3, 18 Disember ini.”

Drama yang tercalon di dalam Anugerah Drama Sangat 2021 ini adalah drama yang disiarkan antara Januari 2020 hingga Jun 2021. Antara drama-drama hebat yang tersenarai dalam Anugerah Drama Sangat 2021 ialah 7 Hari Mencintaiku 2 (SR One Sdn Bhd), Melastik Ke Hatimu (OrangeTree Production Sdn Bhd), Takdir Yang Tertulis (Radius One Sdn Bhd), Budak Tebing (Country & Universal Sdn Bhd), Sabarlah Duhai Hati (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd), Tak Sempurna Mencintaimu (Zeel Production Sdn Bhd), Bidadari Salju (Primeworks Studios & A. Aida Production Sdn Bhd), Kampung People 2 (KL Motion Pictures Company Sdn Bhd), Pink Smile (Creative Skill Solution Sdn Bhd) dan Hati Yang Tersakiti (Art Ornament Sdn Bhd).

11 kategori dipertandingkan menerusi Anugerah Drama Sangat 2021 yang julung kali dianjurkan ini. Bagi kategori undian online, ia telah berlangsung pada 1 Oktober dan berakhir pada 20 November lalu. Berikut adalah senarai yang dipertandingkan dan juga penilaian undian. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.xtra.com.my/anugerahdramasangat .