KAO MALAYSIA MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 DAN MELANCARKAN INISIATIF KAO KIREI LIFESTYLE PLAN

KAO MALAYSIA MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 DAN MELANCARKAN INISIATIF KAO KIREI LIFESTYLE PLAN

Keselesaan, Keprihatinan, Kecantikan Ternyata Kao Corporation telah kian lama menawar kesemua kebaikan ini dan banyak lagi sejak penubuhannya di Malaysia dengan rangkaian luas produk kecantikan, rumahtangga dan penjagaan kebersihan. Dan sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-50 di Malaysia, Kao telah mengesahkan komitmennya kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai inisiatif menarik untuk mendekatkan Pelan Gaya Hidup Kirei kepada pelanggannya. Kesemua inisiatif ini akan bermula menerusi Kempen ‘Together for Tomorrow’ di IPC dari 4 hingga 9 Julai.

“Dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, masyarakat yang semakin uzur, kekurangan sumber dan pengurusan bahan seperti plastik, pengguna di seluruh dunia termasuk di Malaysia telah menunjukkan keinginan ini sebagai Kao Kirei Lifestyle, yang merupakan akar umbi strategi ESG kami, “kata Encik Yoshihiro Hasabe, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kao Corporation. “Melalui inovasi dan imaginasi yang berterusan, kami komited membantu pengguna di Malaysia dan di seluruh dunia untuk menikmati kehidupan yang lengkap dengan keindahan dalaman dan luaran.”

Keindahan Kehidupan Menyeluruh

Etos perniagaan Kao telah kian lama berpandukan falsafah korporatnya. The Kao Way yang merangkumi prinsip seperti “Kami bertindak dengan berani.” Pelan Kirei Lifestyle menyegarkan falsafah ini menghadapi cabaran masa depan dan peranan yang perlu dimainkan oleh Kao Corporation untuk pelanggan, komuniti dan dunia secara keseluruhannya. Daripada memperkenalkan inovasi produk sehinggalah kepada impak alam sekitar syarikat dan produknya, matlamat ini disokong dengan inisiatif selaras dengan pelbagai matlamat kemampanan seperti penyahlarbonan, mencapai sisa sifar, memulihara air dan mencegah pencemaran udara dan air. Setakat ini, Kao Berjaya mengekalkan pengiktirafannya sebagai salah satu Syarikat Paling Beretika di Dunia (dan satu-satunya syarikat Asia yang disenaraikan setiap tahun) selama 17 tahun berturut-turut oleh Institut Ethisphere, sebuah badan pemikir terkemuka AS. Lebih-lebih lagi, visi Kirei Lifestyle KAO turut menangani keperluan kesihatan awam serta keperluan social yang pelbagai.

Inisiatif kesihatan awam baru-baru ini melibatkan pelancaran Biore Guard Mos Block Serum di Thailand bersama projek #Guard Our Future, suatu kempen yang menggabungkan aktiviti kesedaran demam denggi dengan kajian lapangan dan penyelidikan untuk menyokong komitmen syarikat kepada prinsip ‘Melindungi Kehidupan Masa Depan’. Dengan melindungi kulit orang ramai, Kao berhasrat menyelamatkan nyawa dan memberi sumbangan positif kepada komuniti yang paling berisiko terhadap penyakit bawaan nyamuk. #Guard Our Future dijangka berkembang di kebanyakan bahagian Asia Tenggara termasuk Malaysia dalam masa yang terdekat.

Memperkasa Wanita Muda Malaysia

Mengenai isu sosial, Kao juga telah lama diiktiraf atas usahanya dalam memperjuangkan kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman terutamanya peranan Wanita bukan sahaja dalam syarikat, anak syarikat dan sekutunya tetapi juga wanita di mana-mana sahaja.

Usaha Kao dalam memperkasa dan menyokong wanita juga telah lama bertapak dalam usaha komunitinya di Malaysia. Sebagai contoh, Kao menerajui bengkel Yakinlah Menjadi Remaja sejak 1994 untuk menyokong dan mendidik gadis muda mengenai kepentingan penjagaan haid.

Baru-baru ini, program tersebut telah diperluaskan dengan Kerjasama Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai rakan penyampai utama selaras dengan komitmen Kao juga untuk memperjuangkan keyakinan sebagai factor utama pembangunan dan kejayaan seorang wanita. Kempen yang dimaksudkan adalah ‘Laurier School of Confidence’, inisiatif ini bertujuan bukan sahaja menyemai keyakinan di kalangan wanita muda tetapi juga memberi ganjaran kepada pelajar yang berkelayakan dengan RM 1,500 dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Menyambut 50 Tahun Menjaga Rakyat Malaysia

Di Ketika Kao Malaysia merikan ulang tahun ke-50, ia telah merancang pelbagai aktiviti menarik yang direka khusus untuk mendekatkan pelan ‘Kirei Lifestyle’ nya kepada pengguna.

Selain kempen tersebut, Kao Malaysia juga akan bekerjasama dengan beberapa NGO termasuk Biji-Biji Initiative dan Impactlution, selaras dengan komitmennya untuk mencapai Kirei Lifestyle. Kerjasama ini termasuk aktiviti pembersihan bandar yang telah berlangsung dengan julung kalinya pada 9hb Jun. Aktiviti ini melibatkan pembabitan 110 pekerja Kao Malaysia yang Berjaya mengumpul sebanyak 275kg sampah sarap dari jalanan Kuala Lumpur.

Kao juga komited meneruskan Kerjasama dengan Impaclution untuk mengurangkan impak produk keluarannya di sepanjang keseluruhan kitaran hajat menerusi proses yang dikenali sebagai Penilaian Kitaran Hayat (LCA). Proses ini mengukur secara objektif impak sesuatu produk terhadap alam sekitar, daripada pilihan bahan buahan sehingga kepada pelupusan sisa.

Untuk maklumat lanjur tentang Pelan Kirei Lifestyle Kao, sila layari: https://www.kao.com/global/en/sustainability/klp/