JUALAN RAHMAH HARI RAYA BERSAMA SABELLA

JUALAN RAHMAH HARI RAYA BERSAMA SABELLA

Majlis Pelancaran Jualan RAHMAH bersama SABELLA telah dijalankan di HQ SABELLA Holding Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor, dan telah disempurnakan secara rasmi oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Pelaksanaan Inisiatif Payung RAHMAH oleh SABELLA ini meliputi aktiviti Jualan RAHMAH yang dijalankan bermula pada 25 Mac 2023 sehingga 20 April 2023. Jualan RAHMAH Bersama SABELLA ini merangkumi pelbagai produk pakaian sedia ada untuk dipakai terus (ready to wear) seperti baju kurung, blaus, tudung dan banyak lagi yang masingmasing ditawarkan pada harga yang lebih rendah sehingga 71% berbanding harga jualan murah sedia ada.

Untuk pengetahuan, bagi Jualan RAHMAH ini, SABELLA akan mengeluarkan sejumlah 700,000 pasang produk pakaian dengan harga bermula serendah RM 8.00 dan ianya boleh didapati di 6 lokasi terpilih iaitu:

  1. Sabella HQ, Batu Caves, Selangor;
  2. Dewan Kg Melayu Majidee, Johor Bharu, Johor;
  3. Dewan Teratai, Shah Alam, Selangor;
  4. Dewan Perhimpunan Melayu Kedah, Alor Setar, kedah (13/4/2023- 20/4/2023);Mydin Tunjong KB, Kota Bharu, Kelantan; dan
  5. Dewan TER,Kuala Terengganu, Terengganu.

KPDN melihat tambahan diskaun di bawah Jualan RAHMAH yang ditawarkan oleh SABELLA ini sebagai tawaran yang amat berbaloi, berpatutan dan mampu milik kepada seluruh rakyat Malaysia, seiring dengan kualiti material pada setiap produk. Seterusnya, Jualan RAHMAH ini juga dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi persediaan menyambut bulan Syawal yang bakal tiba.

Selaras dgn hasrat kerajaan untuk mendaya upakan rakyat dalam menjana pendapatan bagi mengurangkan kos sara hidup yang makin meningkat, SABELLA turut memperkasa 250,000 orang ‘dropship’ yang majoritinya terdiri daripada suri rumah golongan B40 di seluruh Malaysia.

KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia MADANI dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup (cost of living) dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini. Pada masa yang sama, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna, khususnya menjelang musim perayaan yang bakal menjelang.

Di bawah Inisiatif Payung RAHMAH yang diterajui oleh KPDN, pengguna dijangka dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang 3 berpatutan, disamping berpeluang untuk mendapat ganjaran istimewa yang ditawarkan oleh peniaga. Inisiatif Payung RAHMAH adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat.

KPDN amat berharap agar usaha seperti ini mampu menarik perhatian rakyat Malaysia, khususnya pengguna untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah dan berpatutan tetapi berkualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan.