Johor Media Trip Malaysia

Johor Media Trip Malaysia

Johor Media Trip Malaysia

Johor Media Trip Malaysia

Ladang Nanas di Alor Bukit

IMG_1218 (Custom) IMG_1230 (Custom) IMG_1232 (Custom)

Johor Bharu sememangnya kaya dengan tanah gambut yang sesuai untuk penanaman Nenas. Untuk pengetahuan anda, Nenas mempunyai banyak jenis yang telah dikacuk untuk menghasilkan baka yang baik dan bermutu tinggi. Pemandangan yang indah dengan pepohon nanas terbentang luas telah memukau pemandangan. Sambil menikmati keindahan alam ciptaan Nya, kami dihidangkan makan tengahari dengan nasi nanas, ayam masak merah nanas, rojak nanas, air jus nanas. Nikmatnya jus nenas ketika dihidangkan bersama lauk pauk yang lazat.

 

IMG_1257

 

Negeri Sembilan Media Trip Muzium Nenas

IMG_1286

Disini juga terdapat muzium Nenas yang memaparkan sejarah pembangunan industri nanas di Pontian. Manakala info mengenai pemprosesan nenas, jenis-jenis nenas, penyakit nenas dan cara penjagaan nenas boleh didapati dan dipelajari di Muzium Nenas.

IMG_1290

IMG_1294

Negeri Sembilan Media Trip Rumah tradisional Bugis RM2.3JUTA

Rumah ini bernilai RM 2.3 Juta kerana kayu yang digunakan adalah berkualiti tinggi yang diimport dari Indonesia dan ketelitian dalam membuat pasak rumah yang kukuh  dan juga direka mengikut ciri-ciri rumah bugis tradisional yang sebenar. Rumah warian ini telah direka bentuk oleh Hajah Induk Chichuk mengikut rumah asal yang mereka pernah didiami sebelum ini.

IMG_1305 (Small) IMG_1313 (Small)

Rumah tradisional bugis ini dimiliki oleh Hajah Indok (Indok Chichuk Daeng Hadadek) terletak  di Kampung Sungai Kuali. Pelbagai gambar potret keluarga, catatan sejarah, susur galur keluarga, dan peralatan pertahanan boleh dilihat di Memorial Daing Hadadek ini. Manakala kipas, lampu, perabot dan hiasan antik berusia ratusan tahun juga boleh dilihat di rumah tersebut. Rumah ini didiami oleh Indok Chichuk Daing Hadadek dan anak lelaki beliau, Abd. Hadi yang merupakan guru di sebuah sekolah menengah di Pontian.

*Kesudian keluarga beliau berkongsi cerita adat dan budaya tradisi bugis amatlah dihargai.

IMG_1324 (Small) IMG_1344 (Small)

Rumah Tradisional Bugis ini bukan untuk dilawati oleh orang ramai, dibenarkan bergambar di luar kawasan sahaja.

IMG_1346 (Small) IMG_1351 (Small) IMG_1400 (Small)

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut budaya masyarakat Bugis, bolehlah melawat ke Muzium Bugis terletak di bersebelahan Masjid Telok Kerang (berdekatan Taman Rekreasi Awam Sungai Rambah), Pontian.

Taman Negara Tanjung Piai ( Tanjong Piai Johor National Park)

IMG_1425 (Small)

Taman Negara Tanjung Piai terletak di penghujung Benua Asia. Terdapat pelbagai jenis pokok kayu paya bakau. serta ekosistem hutan paya bakau di pinggir laut perlu dijaga kerana tempat ini menjadi tempat penghalang hakisan tanah pasir dan bagi keseimbangan alam semulajadi.  Pemandangan pelabuhan laut Singapura juga dapat dilihat dari sini.

IMG_1431 (Small) IMG_1417 (Small)

Terdapat Tanjung Piai Resort, Kampung Tanjung Piai jika ingin memancing sambil melihat keindahan Selat Melaka diwaktu malam dengan suasana kapal-kapal yang berlabuh. Bagi yang ingin merasai suasana kehidupan desa bolehlah menginap di homestay Tanjung Piai. Tempahan homestay bolehlah menghubungi pihak inap desa:

Haji Abd Aziz Bin Abd Samad

telefon +607-6960220

Negeri Sembilan Media Trip Doubletree by Hilton JB

IMG_1501 (Small)

Double Tree oleh Hilton JB terletak di bangunan Landmark. Landmark ini dulu dikenali landmark mall  dan lot pejabat sesutu ketika dahulu.

Tumpuan utama kepada anda yang menginap Double Tree:

  • Terletak dihati “Central Business District”
  • Lokasi hotel berdekatan untuk ke Singapore, Changi International Airport dan Senai International Airport
  • Syurga membeli-belah, taman permainan Johor Bharu iaitu  LEGOLAND® Malaysia
  • Ruang mesyuarat luar dan dalam bangunan
  • Disediakan dewan untuk majlis perkahwinan dan perniagaan.
  • Kemudahan asas seperti swimming pool, bilik panas dan 24 jam pusat fitness.

IMG_1505 (Small) IMG_1510 (Small) IMG_1508 (Small)

 

Negeri Sembilan Media Trip JB Pasar Karat

IMG_1559 (Small) IMG_1564 (Small)

Pasar malam seperti bazar uptown / bazar downtown  in terletak di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru. Bazar bermula selepas waktu maghrib hingga jam 2 pagi .

Homestay Seri Paya, Kulaijaya (Homestay Trail)

Pemilik Homestay Seri Paya, Kulaijaya sangat peramah melayan tetamu.Kami dihidangkan makanan tradisional jawa nasi ambeng. Nasi ambeng merupakan nasi putih berlaukkan mi goreng, serunding kelapa, ayam kicap, ikan masin bulu ayam dll. Lauk boleh ditukar mengikut selera contohnya ayam rendang atau ayam masak merah.

Rasa seperti berada dirumah kerana homestay ini mempunyai ketenangan tersendiri. Ruang rumah yang luas dan mempunyai lima bilik yang boleh dihuni tetamu. Walaupun tuan rumah menghuni rumah yang sama namun terdapat ruang tamu dan ruang dapur yang berbeza antara tetamu dengan penghuni rumah.

Ketika disitu, tetamu boleh merasai pengalaman berbasikal mengelilingi kampung, memanjat pokok buah-buahan seperti rambai, rambutan dan banyak lagi. Permainan tradisional seperti bermain bola, sepak takraw, boling kelapa juga boleh dilakukan disitu.

*Bagi aktiviti SME di Homestay Seri Paya, Kulaijaya menjalankan perusahaan Mee Siput, cendawan dan Otak-otak KJ.

Mee siput (mi sanggul)

Mee siput atau dikenali sebagai mi sanggul diusahakan oleh seorang ushawan wanita di homestay Seri Paya. Mee siput ini sangat sedap dimakan dengan masak sup, goreng. Bagi yang tidak pernah merasai kelazatan Mee siput bolehlah ke pasaraya cari mi sanggul.

Otak-otak KJ

Pernah makan otak-otak? Isi ikan yang di adun dengan rempah ratus (half cooked)  dibungkus dengan daun kelapa/nipah dan dipanaskan dengan memanggang sebelum dimakan. Kami membuat lawatan ke kilang membuat otak-otak di Kulai. Pernah dengar Otak-otak KJ ? Mesti tak pernah kan sebab kita makan sahaja bila dihidangkan diatas meja. Bagi yang biasa shopping frozen di pasaraya pastinya pernah terlihat jenama ini.

Membungkus otak-otak kelihatan mudah. Namun hakikatnya, jari pembungkus sering luka dek ketajaman lidi ketika proses membungkus dibuat dengan pantas. Harga sekeping otak-otak murah menjadikan kuantiti yang banyak diperlukan bagi mencapai keuntungan yang dikehendaki pengusaha.

Layanan yang diberikan oleh pengusaha Otak-Otak KJ  sangat menggembirakan tetamu dan pelbagai juadah makanan tradisional Johor turut dihidangkan antaranya tempe goreng, ubi ketuk (ubi getuk) dan lain-lain. Terima kasih pengusaha KJ .

*Otak-otak KJ  rasanya sangat sedap.

Renaissance Hotel

Renaissance Hotel merupakan anak syarikat kepada Marriott International, Inc. Diasaskan oleh J. Willard dan Alice Marriott dan dipimpin oleh keluarga Marriott lebih dari 80 tahun. Ia merupakan sebuah syarikat hospitaliti terkemuka dengan lebih daripada 3,900 hartanah dan 18 jenama, rakan seperniagaan dan francais di seluruh dunia. Syarikat yang bertapak di Bethesda, Maryland dan Amerika Syarikat dinyatakan memperolehi pendapatan sebanyak hampir 13 bilion setiap tahun.

Hotel Renaissance membantu dalam inspirasi kepada pelancong yang hadir melalui pelbagai program yang dijalankan. Antara perkhidmatan dan program yang disediakan adalah seperti “navigator” iaitu perkhidmatan yang memberitahu tempat-tempat yang menarik seperti pusat beli-belah dan tempat beriadah. Selain dari itu, terdapat juga beberapa restoran berjenama dan “RLife Live” iaitu pentas di mana pengunjung boleh menikmati juadah sambil bertemankan karya seni muzik yang merdu dan menarik.

Pada tahun 2012, Hotel Renaissance pertama kali telah melancarkan sebuah kempen iaitu ‘Live Life to Discover’. Kempen ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada umum tentang tempat yang sesuai untuk melakukan urusan perniagaan dan percutian.Untuk pelancong yang ingin bercuti dan berehat, Hotel Renaissance telah menyediakan kolam renang yang terdapat di bahagian luar bangunan dan pusat kecerdasan. Untuk mereka yang hadir untuk urusan perniagaan dan mesyuarat, pihak hotel telah menyediakan 7 buah bilik yang serba lengkap dengan peralatan mesyuarat. Untuk tujuan majlis, pihak hotel turut menyediakan 12 buah bilik khas berkeluasan 2,400 persegi dan boleh ditambah dengan pelbagai kelengkapan bertujuan untuk menjadikan majlis yang dijalankan berjalan dengan lancar

Traders Hotel di Puteri Harbour Theme Park

Terletak berdekatan dengan Puteri Harbour Family Theme Park, Traders Hotel Puteri Harbour  menyambut tetamu dengan keindahan reka bentuk bangunan seperti kolam renang, pusat kecergasan dan WiFi. Hotel Puteri Harbour  juga  terletak berdekatan Johor Premium Outlets yang popular, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berjarak 35 minit memandu dari hotel ini, Taman tema Legoland.

Kemudahan:

  • TV Skrin
  • kaunter penerimaan tetamu 24 jam
  • ruang simpanan bagasi
  • kemudahan mesyuarat/jamuan
  • kemudahan membuat teh/kopi
  • pengering rambut
  • mandian wap atau urutan tradisional

 

Legoland Themepark Malaysia

Legoland Malaysia, telah dibuka kepada umum pada 15 September 2012 dan merupakan Legoland ke-6 dibina di seluruh dunia dan pertama di Asia. Ia merupakan taman tema yang menyediakan pelbagai tarikan yang bercirikan 3 dalam 1 seperti pengembaraan, pendidikan dan keseronokan. Terdapat lebih daripada 40 jenis tarikan yang menanti oleh pengunjung dan direka khas untuk keluarga dan kanak-kanak berusia dari seumur 2 hingga 12 tahun. Legoland Malaysia Resort  merangkumi taman tema, taman air dan hotel. Taman Tema terbahagi kepada tujuh bahagian yang merangkumi bahagian tunggangan yang mendebarkan, bengkel LEGO, taman mini di mana mercu tanda di Asia dicipta dengan menggunakan skala yang kecil dengan menggunakan 30 juta lego.

Lat’s place

Lat’s Place menampilkan kehidupan kampung dan desa cuba diterapkan di dalam interior dan exterior. Pelbagai cenderamata jenama Lat juga turut dijual disitu. Konsep Budak kampong merupakan karya Datuk Lat iaitu Datuk Mohammad Nor Khalid.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:

Alamat   : Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Nusajaya, 79000 Johor Darul Ta’zim, Malaysia
Tel           : 1300 88 LATS (5287) / +603 2203 9667 (Outside Malaysia)
Email      : ph.enquiries@tar.com.my
Website : http://www.latsplace.com.my/

Waktu operasi:

  • Isnin- Jumaat- 11.00 am -8.00 pm
  • Sabtu- Ahad   – 9.00 am   – 8.00 pm

 

Corporate Travel Bazaar di Puteri Pacific Hotel

Bazar pelancongan ini diadakan bagi menarik minat sektor korporat. Terdapat pelbagai pakej pelancongan diijual antaranya program teambuilding, family day, pakej mesyuarat dan banyak lagi. Konsep pakej pelancongan “under one roof” yang telah diadakan ini berjaya menarik jualan jutaan ringgit.

Sanrio Hello Kitty Town

Hello Kitty merupakan kucing comel yang suka pakai baju pink  kini telah berada di Johor Bharu. Peminat-peminat Hello Kitty jangan melepaskan peluang ini kerana daya tarikan ini hanya terdapat di Malaysia. Selain Hello Kitty, terdapat Pingu, Thomas the train, Bob the builder.

Johor Premium Outlets (JPO)

Johor Premium Outlet mensasarkan pelbagai jenis pelanggan dari luar dan dalam negara terutama dari Asia Tenggara. Ia juga merupakan perhentian antara Resorts World Genting di Malaysia dengan Resort World Sentosa di Singapura di mana memakan masa perjalanan lebih kurang 3.5 jam dari Johor Premium Outlet.

Johor Premium Outlet merupakan syarikat yang menyediakan pelbagai jenis rekaan dan jenama yang memaparkan penjimatan 25% hingga 65% setiap hari. Sejak dibuka pada Desember 2011, pelbagai jenama dihimpunkan dibawah Johor Premium Outlet antaranya ialah Fossil, Michael Kors, Vincci, Burberry, Gap, Nike, Polo, Coach dan lain-lain lagi. Pelbagai barang berjenama dengan harga lebih murah berbanding ditempat lain boleh terdapat di Johor Premium Outlet.

Syarikat ini dipegang penuh oleh Genting Simon Sdn. Bhd. (GSSB) iaitu anak syarikat Simon Genting Ltd (SGL). SGL adalah syarikat yang melakukan perkongsian dengan Azzon Ltd (Azzon) sebanyak 50%.  Azzon pula merupakan anak syarikat milik penuh Genting Plantation Bhd. dan Premium Outlet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *