Negeri Sembilan Media Trip
Negeri Sembilan Media Trip
Klana Resort, Seremban
Klana Resort terletak di Seremban, Negeri Sembilan.
Aktiviti Team Building yang dikendalikan oleh Klana Resort adalah seperti Flying Fox, Commando Crawl, High Ropes dan Rapelling. Klana Resort adalah pilihan sektor kerajaan dan juga korporat dalam melakukan aktiviti seperti team building dan workshop.
Dinner buffet kami bertemakan “Citarasa Suasana Kampung” dengan pelbagai jenis masakan kampong tradisi negeri Sembilan.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:
Alamat : Lot 4506, Batu 8, Jln Pantai, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 6(06) 6487999
Email : reservations@klanaresortpd.com.my
Website: www.klanabeachresortpd.com.my
Negeri Sembilan Media Trip Seri Menanti Resort, Muzium Istana Sri Menanti dan Seri Menanti Golf Resort
Seri Menanti Resort, Negeri Sembilan berdekatan dengan Istana Lama Seri Menanti.
Kedatangan kami disini dijamu dengan “Air Jando Pulang”.
Suasana Seri Menanti Resort, Negeri Sembilan ini sangat mendamaikan kerana dikelilingi tumbuh-tumbuhan hijau.
Para media berpeluang untuk bermain konda-kondi, tarik upih dan permainan tradisional yang lain di Padang Istana Seri Menanti.
Kami dijamu dengan lauk tradisi seperti daun puding masak lemak, sayur nangka masak lemak, sambal pedas udang, daging rendang dan tempoyak durian semasa makan bersilo.
Bacaan berzanji dan marhaban didendangkan ketika Adat Berendoi untuk bayi turut diadakan. Adat potong jambul ini masih dilakukan oleh bangsa Melayu disesetengah kawasan sahaja.
Istana lama Seri Menanti dijadikan muzium dan dibuka kepada orang ramai untuk melawat. Pelbagai alat kebesaran diraja, pakaian diraja, organisasi keluarga turut dipamerkan di muzium istana.
Seri Menanti Golf Resort juga merupakan tempat yang harus dikunjungi bagi pencinta Golf yang sukakan cabaran dan ketenangan kerana terdapat padang golf yang berbukit dan menepati juga citarasa pencinta Golf.
Sate tulang Jelebu
Restoran Bundo Kanduang ini ada menjual pelbagai Satay tapi paling istimewa disini adalah Satay tulang Jelebu. Diperbuat dari tulang yang dihancurkan dan diperap dengan sos rahsia memberikan rasa rangup, sedap tapi lembut. Turut juga dijual satay perisa ayam, daging dan lain-lain. Kepada pencinta satay, jangan lepaskan peluang untuk mencuba satay ini kerana ia menjanjikan kelainan kepada pencinta satay.
Harga:
Satay tulang: RM 1.10
Satay ayam : RM 0.70
Satay daging: RM 0.70
Alamat: Restoran Bundo Kanduang, 123G Jalan Komersil 5, Dataran Senawang, Seremban.
Negeri Sembilan Media Trip Starfresh Agro Park
Starfresh Agro Park merupakan tempat Agro pelancongan bagi penduduk tempatan terutamanya. Pelbagai tumbuhan boleh diperolehi disini termasuklah pokok herba, pokok mempelam harum manis, pokok mata kucing, pokok rambutan dan lain -lain. Selain itu, tempat penginapan dan spa juga disediakan bagi pengunjung yang ingin menginap disitu.
Untuk maklumat lanjut :
Alamat :Starfresh Agro Park terletak di Lot 2599, 12KM Jalan Seremban,Kuala Pilah,70400 Seremban, N. Sembilan.
Telefon : +6066794288 .