Isu pegangan saham FGV dijangka selesai sebelum pertengahan 2024 – Shabery Cheek

Isu pegangan saham FGV dijangka selesai sebelum pertengahan 2024 – Shabery Cheek

FGV Holdings Bhd dijangka mengumumkan perincian berkaitan pegangan saham yang dipegang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam syarikat itu sebelum pertengahan tahun hadapan.

Felda memegang 82 peratus kepentingan dalam FGV dan ia melebihi syarat ditetapkan Bursa Malaysia bagi pegangan awam minimum 25 peratus daripada jumlah saham.

Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perbincangan bersama Bursa Malaysia Bhd sedang dijalankan dan keputusan berkenaan isu tersebut dijangka diumumkan dalam masa beberapa bulan lagi.

“Kita sedang mempertimbangkan sama ada menyahsenaraikan FGV daripada Papan Utama Bursa Malaysia ataupun mengurangkan pegangan kepentingan oleh Felda,” katanya kepada Bernama.

Sumber