Hapifam lancar dua produk baharu

Hapifam lancar dua produk baharu

JENAMA makanan, Hapifam melancarkan dua produk baharu, Hapimoms Lactation Cookies dan Hapihereoes Natural Baby Cereal dalam usaha mengukuhkan kedudukannya di pasaran tempatan.

Hapifam dalam satu kenyataan berkata, dua produk baharu itu dijual pada harga RM39.90 dan RM19.90 di laman web rasminya atau stor rasmi Hapifam di Shopee serta Lazada.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua produk itu juga boleh didapati di beberapa stor dan farmasi terpilih di sekitar Lembah Klang.

“Hapimoms Lactation Cookies diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi yang dipilih serta dikaji dengan teliti oleh pakar nutrisi dan teknologi makanan dalaman kami.

“Biskut ini dihasilkan daripada halba, yis brewer, biji adas, minyak kelapa organik, beri biru dan banyak lagi bahan berkhasiat yang membantu ibu-ibu meningkatkan bekalan susu mereka, menjadikan penyusuan badan satu pengembaraan yang cukup indah serta bebas daripada tekanan.

“Ia ditawarkan dengan pelbagai pilihan perisa seperti cip coklat klasik, brownie dan bukan coklat,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, produk Hapiheroes pula menyasarkan kanak-kanak berumur enam bulan ke atas telah didatangkan dalam bentuk bijirin dalam perisa asia yang unik.

“Pilihan yang sedia menanti ialah beras asli, buah-buahan campuran, keledek manis dan ubi bit dan beri goji bagi memastikan anak-anak menikmati rasa yang sama seperti ibu dan ayah,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Hapifam juga menawarkan HapiNFT yang menampilkan empat karakter Happiboi yang berbeza iaitu HapiBoi Feugo, HapiBoi Hydro, HapiBoi Rocky dan HapiBoi Bolt.

“Sebagai salah satu daripada beberapa organisasi FMCG yang mengiktiraf potensi ‘metaverse’ (dunia digital), Hapifam sudah membentuk pasaran NFT dan dalam pelan hala tuju 2022, kami menyasarkan untuk menembusi metaverse untuk meluaskan pengaruh kami.

“Ribuan kad NFT akan diletakkan secara rawak dalam kotak Hapiheroes. Mereka yang membeli produk dan bertuah akan mendapat kad NFT. HapiNFT telah bekerjasama dengan Enjin, platform yang paling mudah dan paling dipercayai untuk memudahkan proses penebusan,” kata kenyataan itu.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber