Empat buah hasil karya penulisan Siti Rosmizah menjadi pilihan Astro

Empat buah hasil karya penulisan Siti Rosmizah menjadi pilihan Astro

Astro mengumumkan Kerjasama dengan SR One Sdn. Bhd dalam jangka masa yang panjang dan disaksikan oleh Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario dan Pengarah SR One. Sdn. Bhd serta penulis novel terkenal, Siti Rosmizah Semail. Kerjasama ini menunjukkan keazaman Astro dalam mengekalkan kedudukan syarikat penyiaran dalam pembikinan drama sebagai hub utama negara dengan mengunci 4 buah novel hasil nukilan penulis prolifik tersebut.

Bermula bulan Mac sehingga 2023, peminat- peminat drama Astro pastinya bakal menemui drama terbaru yang akan ditayangkan. Antaranya Jangan Menangis Cinta, Andai itu Takdirnya 1&2 dan Takdir itu Milik Aku. Novel-novel tersebut merupakan antara novel-novel yang terlaris sehinggakan mencecah lebih jutaan naskah dijual. Ini kerana novel hasil nukilan Siti Rosmizah ini berpaksikan pergolakan emosi yang telah menarik minat penonton- penonton mengikuti drama-drama beliau. Watak-watak yang dihasilakn malah menjadi bualan di laman jaringan social sehingga trending.

Nukilan Siti Rosmizah adalah suatu yang bukan asing bagi peminat-peminat drama tempatan. Drama-drama yang diadaptasi beliau adalah satu kejayaan yang sangat membanggakan dan telah mencapai rating yang sangat tinggi dan konsisten.

“Bagi pihak Astro, kami berharap seleksi hasil karya Siti Rosmizah ini mampu menarik ramai lagi peminat-peminat drama ke platform kami. Kami menjanjikan kepuasan yang maksimum dengan kualiti produksi, arahan dan lakonan yang unggul. Kami turut berharap kerjasama bersama penulis prolifik ini berterusan dan mengecapi kejayaan yang berpanjangan.” Kata Raqim Ahmad, President Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro.

“Saya suka cara kerja Team Astro yang begitu komited dan dedikasi serta profesional. Dengan kerjasama ini, saya berharap drama-drama yang dipertontonkan mampu mendapat rating yang tertinggi dan menjadikan seleksi drama ini rancangan-rancangan nombor satu di Malaysia dan di mana-mana platform media sosial” kata Siti Rosmizah, penulis novel dan penerbit drama.

Sinopsis Drama ‘JANGAN MENANGIS CINTA’

Riyana adalah seorang gadis dari keluarga yang sederhana. Zafran Zahim pula seorang pelajar dimana pertemuannya bersama Riyana mengundang masalah pada dirinya. Hariz, abang Zafran yang telah jatuh cinta pandang pertama pada Riyana itu menghantar rombongan meminang selepas tamat belajar. Namun, Hariz berubah dan terus memutuskan pertunangan bersama Riyana tanpa sebarang alasan. Dina yang merupakan tunangan Zafran juga turut memutuskan pertunangan mereka untuk mengahwini Hariz. Zafran bergaduh malah berdendam dengan abangnya kerana dianggap telah merampas tunangnya itu. Dia akhirnya memutuskan untuk mengahwini Riyana. Diawal perkahwinan mereka, Riyana bukan sahaja makan hati dengan sikap suaminya malah layanan keluarga zafran pun turut sama juga. Riyana tetap redha dan akhirnya Zafran mula jatuh cinta pada Riyana atas kesabaran Riyana terhadapnya. Kebagaian itu hanyalah seketika apabila anak yang dilahirkan itu cacat. Zafran tidak dapat menerima Cinta Aryana yang lahir tanpa sebelah kaki itu lalu menceraikan Riyana dengan talak satu. Mampukah Cinta Aryana menyatukan semula kedua orang tuanya?

Lakonan hebat dari remy Ishak sebagai Zafran, Amyra Rosli sebagai Riyana, Rita Nadira sebagai Dina, Halim Radzi sebagai Hariz dan Sharifah Fathimah Hawra sebagai Cinta Aryana. Drama ini akan ditayangkan pada 21 Mac 2022 menerusi Astro Ria, Isnin- Khamis, 10 malam.

Sinopsis Drama ‘ ANDAI ITU TAKDIRNYA 1″

Aleya seorang gadis cantik yang berlatarbelakangkan keluarga yang sederhana. Dia menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di university United Kingdom. Syed Aizril Adam memiliki wajah yang tampan dan digilai ramai wanita. Dengan kekayaan yang dia miliki itu menyebabkan dia menjadi seorang yang berlagak dan sombong. Mereka disatukan atas satu insiden yang tidak diduga dimana mereka ditangkap khalwat atas perbuatan Faizal. Sepatutnya sepupu Syed Aizril, Sharifah Emilin yang akan menjadi isterinya sangat kecewa. Malah Syed Aizril menuduh bahawa Aleya sengaja perangkap demi hidup mewah. Ibubapa Syed Aizril dan Aleya berasa sangat kecewa tetapi apakan daya mereka terpaksa menerima. Mama Syed Aizril Puan Sri Sharifah Aishah dan emak saudaranya, Sharifah Rosnah turut membenci Aleya. Aleya menjalani kehidupnya dengan penuh penyeksaan. Mampukah Aleya memaafkan lelaki yang yang telah menyiksa hidupnya tanpa belas kasihan? Lakonan hebat dari Syukri Yahaya.

Sinopsis Drama ‘ANDAI TAKDIRNYA 2’

Lapan tahun telah pun berlalu dengan begitu indah dan manis. Syed Aizril dan Aleya hidup Bahagia bersama anak-anaknya. Datin Rosnah tidak dapat menerima takdir atas kematian anaknya itu, hatinya penuh dengan dendaman. Faizal yang dipanjara masih tidak menginsafkannya. Kebenciannya terhadap Syed Aizril dan Aleya sangat mendalam sehinggakan berjanji akan memusnahkan hidup mereka. Dugaan telah melanda kepada rumahtangga Syed Aizril dan Aleya apabila Sharifah Azreen hadir dengan matlamatnya untuk memiliki Syed Aizril. Janji Syed Aizril pada isterinya dilupakan begitu sahaja kerana hati dan cintanya itu mula berpaut pada Sharifah Azreen. Dengan ego itu, akhirnya Syed Aizril telah menghancurkan hidupnya. Hati Aleya sudah mati buatnya. Andai itu Takdir-Nya, Aleya redha.

Drama ini akan ditayangkan pada suku kedua 2023.

Sinopsis ‘TAKDIR ITU MILIK AKU’

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Kamsiah, emak saudaranya tidak henti-henti menyiksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah cukup sebati dalam dirinya. Impian gadis muda ini adalah untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian ditipu dengan janji manis lelaki tu. Zafran Adha seorang yang mempunyai kerjaya dan kaya telah membuatkan dirinya seorang yagn angkuh dan sombong malah tidak teragak-agak untuk memainkan perasaan gadis yang naif itu. Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Drama ini akan ditayangkan pada suku keempat 2023