Program Sahabat Media Tahun Melawat Malaysia 2014 Ke Johor
Program Sahabat Media Tahun Melawat Malaysia 2014 Ke Johor
Pada 14 Ogos 2014, Program Sahabat Media Tahun Melawat Malaysia 2014 telah pergi ke Johor Bharu dalam siri lawatan mempromosikan tarikan-tarikan pelancongan di Negeri Johor. Seramai 40 Media Kuala Lumpur yang terdiri daripada Media dari Majalah Pelancongan dan Media Cetak & Elektronik telah turun padang untuk meninjau sekitar Negeri Johor. Antara tempat yang dikunjungi selama tiga hari dua malam adalah di Daerah Pontian dan Bandaraya Johor Bharu. Manakala antara kemudahan penginapan yang terbaik adalah di Hotel Double Tree Hotel dan Renaissance. Sahabat Media juga tidak melepaskan peluang untuk ke Legoland Malaysia Resort dan Hello Kitty di Nusajaya, Johor.
Pada awalnya Johor dikenali sebagai ‘The Southern Gate Way to Malaysia’. Ini seiringan dengan negeri yang dikurniakan dengan sumber-sumber pelancongan yang menarik dan unik seperti pantai atau gugusan kepulauan Mersing yang sering menjadi tempat perfileman. Terdapat juga tempat-tempat yang menarik dan menjadi legasi kepada sejarah kepada kebudayaan dan warisan lama. Antara tempat lain yang menarik adalah Hutan Hujan Tropika berstatus Dunia dan tertua di Malaysia, Taman Negara Endau Rompin, Destinasi Eko & Agro Valley di Kluang dan Rumah Tumpangan Inap Desa.
Kewujudan pusat hiburan dan pusat membeli-belah seperti Legoland Malaysia Resort, Hello Kitty, dan Johor Premier Outlet telah menjadikan kepesatan ekonomi semakin membangun di Johor. Perancangan pembangunan pelancongan mega projek di Desaru telah mewarnai landskap pelancongan Johor menjadi ‘Catalyst’ justeru meletakkan Johor sebagai pilihan destinasi pelancongan yang menarik bagi pasaran pelancongan domestik dan antarabangsa.
Satu Pelan Induk Pelancongan 2014 – 2023 telah dilaksanakan sebagai asas untuk merangka hala tuju pembangunan sektor pelancongan Negeri Johor untuk menjadikan Negeri Johor sebagai destinasi pelancongan bernilai tinggi. Hala tuju ini seiring dengan hala tuju pembangunan pelancongan negara iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bernilai tinggi menjelang tahun 2020.
Pelan Induk ini bermatlamat untuk mengenalpasti senario pelancongan semasa dan perancangan atau keperluan pada masa hadapan, pembangunan produk pelancongan, pemasaran dan promosi dan pembangunan modal insan. Pelan ini disusun bagi tempoh 10 tahun bagi menjadikan Johor sebagai satu destinasi pelancongan bernilai tinggi dan meyokong aspirasi kerajaan dalam pengagihan peluang kepada semua daerah di Negeri Johor melalui konsep pembangunan kluster pelancongan atau tourism development kluster.
Antara kluster yang disokong oleh Negeri Johor adalah Family Fun, Urban Heritage and Lifestyle, Leisure Shopping, Mangrove and Rural Gateway, Coastal Retreat, Marine and Island Escapade, Eco Adventure Challenge, Cradle of Johor Heritage, Mystical Nature, Agri Delights and Orchards Route.
macam best je