CHRONICALZ & DC WILLIE TERUS UNGGUL DENGAN ‘NOW CEMANE?’

CHRONICALZ & DC WILLIE TERUS UNGGUL DENGAN ‘NOW CEMANE?’

Muncul kembali menghangatkan industri muzik tempatan, penyanyi rap muda ChronicalZ muncul kembali dengan karya terbaharu berjudul ‘Now Cemane?’ hasil kerjasama dengan komposer, DC Willie dan terbitan Warner Music Malaysia.

“Berasal dari Desa Pandan, Kuala Lumpur siapa sangka pemuda yang suka berimaginasi kini mampu berdiri bangga sebaris dengan penyanyi rap mainstream yang ada di Malaysia”. Kata ChronicalZ atau Alz.

Tambahnya lagi, kejayaan yang dikecapi sekarang tidak mungkin terjadi tanpa sokongan keluarga, teman rapat dan CDN Squad yang padu.

Mula menceburkan diri dalam bidang muzik hip hop tempatan pada tahun 2015, ketika berusia 15 tahun.

Single yang liriknya ditulis sendiri oleh ChronicalZ, katanya dia ingin meraikan kejayaan yang diperolehi sekarang dengan berkolaborasi bersama rapper dan komposer, DC Willie. Melodi untuk single ini dicipta oleh DC Willie sendiri.

“Now Cemane?’ berkisahkan tentang pengorbanan kami dalam mengejar cita-cita dan impian sehingga berjaya berada pada tahap ini, dan paling membanggakan adalah apabila karya kami mendapat perhatian ramai dengan pulangan yang berbaloi,” kongsi jejaka berusia 22 tahun itu.

Rakaman yang mengambil masa selama sehari ini dilakukan secara spontan ketika mereka berdua sedang bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Cara pembawakan muzik rap yang berbeza oleh kedua-dua penyanyi rap itu dapat didengari oleh pendengar dan peminat. Mereka berdua bereksperimen untuk mencipta bunyi yang belum pernah ada di Malaysia maka terhasillah ‘Now Cemane?’

Sekali lagi bekerjasama dengan pengarah, ATG untuk menghasilkan muzik video ‘Now Cemane?’ yang berkonsepkan dan mempunyai gaya Eropah melalui teknik penggambaran dan proses suntingan yang dijalankan tanpa perlu bergantung pada jalan cerita yang khusus.

Penyanyi rap single ‘Now Cemane?’ Itu berharap agar penggemar muzik hip hop tempatan dapat enjoy dan menerima bunyi trap yang dibawakan.

Pendengar boleh memuat turun lagu ‘Now Cemane’ di iTunes dan boleh juga dijadikan nada dering panggilan. Peminat dan pendengar juga boleh melakukan penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga Youtube Music.

Muzik Video ‘Now Cemane’ boleh ditonton secara eksklusif di saluran Youtube ChronicalZ.