Chery Malaysia catat prestasi jualan luar biasa

Chery Malaysia catat prestasi jualan luar biasa

Model Omoda 5 dan Tinggo 8 Pro Serba Baharu.

Model Omoda 5 dan Tinggo 8 Pro Serba Baharu.

CHERY Malaysia mencatatkan prestasi jualan yang luar biasa, melepasi jangkaan dengan penjualan 3,000 unit dalam tempoh 10 hari selepas pelancaran model terbaharunya.

Sebelum ini, Chery Malaysia telah melancarkan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) menerusi model Omoda 5 dan Tinggo 8 Pro Serba Baharu ke dalam pasaran tempatan.

Chery Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pencapaian luar biasa itu menunjukkan permintaan pasaran yang kukuh dan keyakinan pelanggan pada produk yang ditawarkan syarikat itu.

“Chery Malaysia meningkatkan pakej waranti standard semasa, termasuk waranti perbatuan tuju tahun atau 150,000 kilometer (km) dan pakej penyelenggaraan percuma lima tahun (buruh sahaja, tidak termasuk alat ganti).

“Chery Malaysia juga menawarkan pilihan jaminan lanjutan enjin selama 10 tahun atau satu juta km perbatuan pada harga mampu milik RM2,000. Dengan rangkaian yang luas, terdapat 23 bilik pameran sedia dikunjungi dan lapan lagi hampir siap untuk memenuhi keperluan pelanggan pada hujung bulan Ogos 2023,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 22 pusat servis selepas jualan alat ganti tersedia, terletak secara strategik di seluruh semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia Leo Chen berkata, Chery Malaysia komited untuk menyediakan perkhidmatan dan sokongan pelanggan.

Menurut Chen, rangkaian komprehensif ini memastikan pelanggan boleh mengakses bantuan jualan dan perkhidmatan selepas jualan dengan mudah, dan pasti terus meningkatkan lagi pengalaman pemilikan kenderaan Chery.

“Sebagai syarikat automotif yang berpengalaman tinggi dalam pembuatan dan keupayan inovatif, Chery akan menghasilkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan pengguna Malaysia.

“Kami menitikberatkan kualiti, keselamatan dan prestasi produk, terus menghasilkan inovasi dan menambah baik teknologi secara berterusan untuk terus mendahului permintaan pasaran,” kata Chen.

Beliau berkata, Chery Malaysia kekal komited untuk terus menghasilkan pengalaman yang melangkaui jangkaan pelanggan, menghasilkan kenderaan termaju, dan menyediakan pengalaman pemilikan yang lancar.

Sumber