BANK MUAMALAT LANCAR PLATFORM JARIAH FUND

BANK MUAMALAT LANCAR PLATFORM JARIAH FUND

KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat ) hari ini melancarkan “Jariah Fund“ iaitu platform pendanaan awam bagi projek kebajikan social. Majlis pelancaran disempurnakan oleh menteri di Jabatan perdana menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri . Turut Hadir Pengerusi Bank Muamalat, Datuk Seri Tajuddin Atan.

Objektif “Jariah Fund“ adalah untuk menyantuni golongan yang memerlukan dan meringankan beban masyarakat melalui penerapan teknologi kewangan (fintech). Bank Muamalat adalah peneraju dalam kalangan institusi kewangan Islam di negara ini yang berjaya membangunkan sebuah platform pendanaan awam dalam talian dengan menggunakan kepakaran dalaman sepenuhnya untuk tujuan amal.

Ketua pegawai eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, platform ini merupakan antara inisiatif bagi menyokong strategi pengantaraan berasaskan nilai (Value–based intermediation) seperti yang dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia.

“Platform ini menggunakan proses pembayaran elektronik menerusi gerbang pembayaran FPX di mana orang ramai boleh menyumbang secara dalam talian dan kutipan dinyatakan secara tempoh masa sebenarnya (real-time). Orang ramai boleh melayari jariahfund.muamalat.com.my dan memilih untuk menderma atau menyumbang kepada kempen yang dipaparkan, kami berharap usaha ini dapat membantu golongan yang terjejas bagai dapat meneruskan kehidupan mereka” kata Khairul

Tambah beliau “Bank Muamalat mendukung transformasi digital sebagai salah satu fokus strategiknya di samping peningkatan proses dan Inovasi syariah yang berterusan.”

Menyentuh mengenai inisiatif berkenaan YB senator Datuk Dr. Zulkifli berkata saya yakin Jariah Fund yang dilancarkan oleh bank Muamalat Malaysia Berhad akan membuktikan bahawa sedekah mampu membawa kepada peningkatan ekonomi rumah seterusnya menjana Kesatuan umah.

Bagi fasa pertama, bermula September 2020 hingga Mac 2021, Bank Muamalat akan bekerjasama dengan lima (5) pertubuhan bukan kerajaan (NGO), iaitu Yayasan sejahtera, Yayasan ikhlas, Yayasan muslimin, The National autism society of Malaysia (NASOM ) dan Malaysian Association for the Blind (MAB).

NGO berkenaan akan bertindak sebagai rakan amal bank bagi memantau kempen yang terpilih yang disiarkan di dalam kempen yang dipilih adalah projek dibawa sector Pendidikan, kesihatan dan Pemerkasaan ekonomi. Antara kempen yang terpilih termasuk projek tanaman cili padi , projek putu Mayam, projek pembelajaran anak orang Asli dan membantu golongan terjejas kerja semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). Pada fasa pertama bank Muamalat menyasarkan kan untuk menyalurkan sumbangan sebanyak kira-kira RM 40,000 kepada benefisiari terpilih melalui enamn (6) projek berasaskan komuniti.

NGO yang ingin menyertai inisiatif ‘Jariah Fund‘ sebagai rakan amal boleh menghantar cadangan mereka kepada Jabatan Dakwah, Wakaf & Zakat Bank Muamalat melalui E-mel di wakafgroup@muamalat.com.my untuk pertimbangan Bank.