Restoran Riverside Mewujudkan Suasana Berbuka Puasa di Desa bertemakan “Aneka Selera Desa”

Restoran Riverside Mewujudkan Suasana Berbuka Puasa di Desa bertemakan “Aneka Selera Desa”

Setiap Muslim pasti merindui Bulan Ramadan kerana dibulan ini adalah kesempatan untuk mereka semua berkumpul bersama keluarga, beribadat dan berbuka puasa bersama-sama. Akibat COVID-19 yang melanda di Negara kita, rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk berkumpul bersama keluarga tersayang selama 2 tahun. Sudah semestinya tahun ini adalah tahun yang sangat istimewa apabila kita berpeluang untuk berkumpul bersama-sama dan menikmati pelbagai hidangan buffet.

Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada tahun ini telah mengundang pengunjung kembali mewujudkan suasana berbuka puasa di desa dengan menyediakan hidangan bufet lebih daripada 300 juadah setiap hari dengan bertemakan “Aneka Selera Desa” yang akan diadakan di Legar Putra,Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bermula dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam pada 5 April hingga 29 April 2022. Bufet Ramadan ini berharga RM128 bagi seorang dewasa, manakala kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun dan warga emas berharga RM75.00 seorang.

Terdapat tawaran yang istimewa sepanjang bulan ramadan ini termasukalah tawaran baucer buffet yang boleh didapati di dalam talian seperti Fave, PrestoMall, Shopee, Lazada dan laman web Restoran Riverside.  Dengan pembelian terawal, pelanggan boleh menikmati harga yang lebih murah iaitu RM108.00 seorang bermula pada hari ini, 2 Mac 2022 hingga 4 April 2022. Semua baucer yang dibeli adalah sah untuk ditebus sehingga 29 April 2022.

Dengan pembelian mangkuk tingkat edisi terhad kami yang berharga RM59 (12cm) dan RM 69 (16cm) di kaunter, anda boleh membawa pulang mana-mana hidangan kegemaran anda dari meja bufet ke rumah untuk bersahur. Selain itu, anda juga membantu menyelamatkan bumi daripada penggunaan plastik.

Kami juga menyediakan kemudahan surau yang sangat selesa dan berhawa dingin yang mampu memuatkan seramai 100 orang jemaah dengan penjarakan sosial. Dengan kemudahan yang diberikan, pelanggan boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan juga terawih berjemaah disurau tersebut yang terletak di aras 3.

Pakej Persendirian dan Korporat ditawarkan oleh WTCKL. Untuk tempahan minimum 100 orang dan keatas, harga yang ditawarkan bermula RM148.00 seorang . Untuk majlis makan yang lebih peribadi dan mesra bersama keluarga, rakan dan rakan perniagaan akan ditempatkan di bilik di WTCKL. Pakej ini termasuk sistem audio, hidangan bufet khas, surau khas serta kadar parkir yang berharga RM 5.00 mulai jam 6.00 petang dan seterusnya.

Encik Suzaini Mohamed Salih, Chef Eksekutif adalah barisan chef WTCKL yang akan menyediakan pelbagai menu istimewa dengan 5 giliran yang berbeza setiap minggu. Para tetamu dapat menikmati hidangan klasik desa, antaranya Ikan Patin Goreng Sambal Hijau, Daging Rendang Minang, Ketam Goreng dengan Cili Kering dan Bawang Putih, Sotong Masak Kari dengan Nenas dan Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh. Selain itu, menu yang menjadi kegemaran ramai seperti Bubur Lambuk, Masakan Asam Pedas and Kambing Goreng Berempah turut tersedia. Terdapat pelbagai jenis ulam-ulaman Melayu tradisional seperti Daun Cylon, Ulam Raja, Kacang Botol, Petai, Tomato, Timun, Daun Pegaga, Jering, Tepung pipit, Bendi, Jantung Pisang, Pucuk Ubi, Tenggek Burung, Daun Gajus, aneka jenis keropok, ikanmasin, 7 jenis kerabu, Tapai, Laksa, Mee Kari, Sup Berempah dan pelbagai sambal yang pasti akan mengenyangkan perut anda sepanjang malam.

Kambing Golek adalah satu menu kegemaran tetamu kami setiap tahun. Kami menyajikan seekor kambing setiap hari yang dibakar dengan lada hitam dan sos cendawan yang sudah semestinya akan membangkitkan selera tetamu kami.

Nasi Kandar Saddam adalah sebuah kedai yang sangat terkenal di Kuala Lumpur telah bekerjasama dengan kami. Bagi penggemar Nasi Kandar, anda akan berpeluang merasai ‘Ayam Goreng Saddam’ yang rangup diluar dan lembut didalam yang menjadi kegemaran warga Kuala Lumpur.

Untuk membuat tempahan anda boleh membuat pembelian secara atas talian di http://www.riverside.wtckl.com atau terus menghubungi Restoran Riverside di 03-2614 6701 / 6702 atau melalui WhatsApp di 019-2678960.