Memorandum Kerjasama Diantara Uitm dan World Trade Centre Kuala Lumpur Ditandatangani

Memorandum Kerjasama Diantara Uitm dan World Trade Centre Kuala Lumpur Ditandatangani

Memorandum Kerjasama (MoC) telah termeterai pada tanggal 2 Mac 2022 di Tanjung
Lounge, World Trade Centre Kuala Lumpur yang melibatkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama-sama dengan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Memorandum ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan rasmi kerjasama yang telah terjalin diantara kedua-dua pihak. Professor Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM serta En. Mohd Yusri Junos, Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) tersebut. Majlis tersebut saksikan oleh Prof. Dr Mohd Salehuddin Mohd Zahari, Dekan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) UiTM, turut bersama Dato’ Sri Dr Hj Irmohizam Haji Ibrahim, Ketua Pengarah Urusan WTCKL.


Mengikut perkongsian yang diberikan oleh Professor Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor kepada sektor Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions (MICE) dan Business Events Industry, matlamat kerjasama ini adalah bagi menguatkan lagi hubungan kerjasama industri diantara UiTM dan WTC Kuala Lumpur serta bagi memastikan UiTM terus mempunyai keinginan untuk berdaya saing. Salah satu penyumbang terbesar kepada industri MICE merupakan WTC Kuala Lumpur. Peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan untuk bakal graduan daripada UiTM berikutan pembangunan dan kelangsungan ekonomi yang seiringan.


Berikutan dengan itu, penghargaan daripada Professor Datuk Ts. Dr Hajah Roziah
Mohd Janor turut diberikan bagi menghargai hubungan kerjasama diantara dua pihak. Lantaran itu, diharapkan agar pelbagai daya usaha dapat diberikan bagi menghasilkan tindakan panduan yang lebih berkesan dengan nilai akademik yang bagus. Justeru itu, perbezaan diantara kemahiran dan pengetahuan diantara industri dan akademik dapat diatasi. Fakulti pilihan utama untuk industri pengurusan acara merupakan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan dan telah diperakui oleh QS world ranking sebagai salah sebuah industri terbaik dunia. Fakulti Pengurusan Hotel dan Pengurusan telah berjaya menempatkan fakulti mereka di tempat kedua terbaik dikalangan fakulti di Malaysia.


Demikian selepas berlakunya pandemik, kerjasama diantara organisasi WTC Kuala Lumpur bersama pihak industri dan institusi pengajian tinggi (IPT) adalah amat penting demi memastikan kelancaran dalam sektor hospitaliti yang turut terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. Tambahan lagi, menurut Dato’ Sri Dr Hj Irmohizam Haji Ibrahim, hasil daripada kerjasama ini juga dapat melahirkan individu yang berkemahiran dan berdaya untuk memperluaskan lagi peluang bagi organisasi kedua-dua belah pihak.


Turut digariskan dalam pemeteraian MoC adalah pertukaran kepakaran dalam industri MICE kerana ianya dapat menciptakan peluang terhadap penganjuran aktiviti atau projek yang bermanfaat serta melingkupi persidangan, pelbagai kursus jangka pendek serta isu penyelidikan berhubung dengan pelancongan disamping kedua organisasi mempublikasikan maklumat dan aktiviti berkenaan dengan kerjasama yang diberikan.