Al Ikhsan tawar hadiah bernilai lebih RM200,000

Al Ikhsan tawar hadiah bernilai lebih RM200,000

AL-IKHSAN Sports (Al-Ikhsan) menerusi kempennya, Pengalaman Sukan Paling Hebat menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai MR200,000 kepada pelanggan bertuah peruncit barangan jenama sukan terkenal itu.

Al-Ikhsan dalam satu kenyataan berkata, untuk menyertai kempen itu, bermula Julai 2023, pelanggan hanya perlu membuat pembelian serendah RM100 dan layak memenangi hadiah secara bulanan dan utama yang lumayan.

“Berkonsepkan lebih banyak pelanggan Al-Ikhsan berbelanja, lebih besar peluang untuk menang, peraduan ini memberikan kemudahan kepada mereka dengan menawarkan pembelian selama 9 bulan. Pelanggan mempunyai jumlah perbelanjaan terkumpul yang tertinggi sepanjang tempoh itu akan diangkat sebagai pemenang,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, antara hadiah menarik yang ditawarkan ialah percutian selama tujuh hari, enam malam pada Majlis Pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris bernilai RM50,000, diikuti hadiah kedua pula ialah percutian lima hari empat malam ke EURO 2024 di Jerman termasuk dua tiket perlawanan akhir UEFA EURO 2024 bernilai RM40,000.

“Hadiah ketiga pula ialah percutian lima hari, empat malam ke EURO 2024, di Jerman termasuk dua tiket perlawanan peringkat kumpulan UEFA EURO 2024 bernilai RM40,000 manakala hadiah keempat ialah percutian ke Anfield / Liverpool untuk dua orang termasuk tiket perlawan Liga Inggeris bernilai RM25,000. Turut ditawarkan ialah hadiah bulanan termasuklah telefon pintar dan barangan elektrik,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pelanggan Al-Ikhsan boleh menyertai kempen itu dengan mendaftarkan keahlian Al-Ikhsan Sports melalui laman e-dagang rasmi Al-Ikhsan dan setiap ringgit yang dibelanjakan akan ditukarkan kepada markah serta peserta akan menerima emel secara mingguan untuk mengetahui status carta kedudukan terkini.

“Carta kedudukan bulanan akan diset semula bagi pemilihan pemenang bulanan dan pemenang utama kempen akan dikira melalui jumlah mata keseluruhan,” kata kenyataan itu.

Bersempena sambutan ulangtahun yang ke 30 ini, Al-Ikhsan turut mengeluarkan edisi khas produk seperti jersi, botol air dan beg yang berharga RM29.99, RM9.99 dan RM3.99 yang boleh dijadikan tanda mata daripada syarikat itu.

Mengulas lanjut, menurut kenyataan itu, Al-Ikhsan juga merancang untuk memperluaskan ke pasaran baharu iaitu di negeri Sabah, Sarawak dan peringkat global.

“Al-Ikhsan merancang untuk melabur dalam digital, termasuk kedai dalam talian dan aplikasi mudah alih serta mengembangkan penawaran produk termasuk pemakanan sukan dan pelancongan sukan.

“Al-Ikhsan juga merancang untuk memberi tumpuan kepada memberikan pengalaman pelanggan yang hebat dan baik di dalam kedai mahupun dalam talian,” kata kenyataan itu.

Al-Ikhsan bermula dengan operasi mikro pada tahun 1993 oleh Pengasasnya, Ali Hassan.

Beliau telah membuka kedai pertamanya di Holiday Plaza, Johor Bahru dan kini mempunyai 185 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Sumber