AEON ‘kunci harga’ 250 barang keperluan

AEON ‘kunci harga’ 250 barang keperluan


Mohd Sayuthi (kanan) dan Keiji Ono pada Majlis Pembukaan semula AEON Mall Cheras Selatan pada Jumaat.

Mohd Sayuthi (kanan) dan Keiji Ono pada Majlis Pembukaan semula AEON Mall Cheras Selatan pada Jumaat.

AEON Co (M) Berhad atau AEON mengambil langkah proaktif dengan mengunci harga 250 barangan keperluan terpilih untuk tempoh tiga bulan bermula Jumaat (1 Disember 2023).

Inisiatif tersebut akan berlangsung di semua 28 AEON Mall dan 34 AEON stor seluruh negara hingga hujung Februari, tahun depan.

Barangan keperluan yang dikenal pasti antaranya ialah syampu, pelembut fabrik, sabun basuh, minyak masak, mi, susu dan banyak lagi.

Pengarah Urusan AEON, Keiji Ono berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian kempen ‘Everyday Fresh Everyday Low Price’ yang dilancarkan awal tahun ini.

Sumber