Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah 0.26 peratus berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan mata wang tempatan bergelut untuk melepasi paras sokongan segera pada 4.6611 selepas melepasinya minggu ini. - Gambar hiasan

Ringgit ditutup rendah 0.26 peratus berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan mata wang tempatan bergelut untuk melepasi paras sokongan segera pada 4.6611 selepas melepasinya minggu ini. – Gambar hiasan

RINGGIT ditutup rendah 0.26 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan mata wang tempatan bergelut untuk melepasi paras sokongan segera pada 4.6611 selepas melepasinya minggu ini, kata Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.6710/6760 berbanding dolar AS daripada 4.6590/6635 pada Khamis.

“Perbincangan mengenai kemungkinan kepada penyusutan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS telah membangkitkan momentum apabila PCE (Perbelanjaan Penggunaan Peribadi) utama AS terus menyusut kepada 3.4 peratus pada Oktober berbanding 3.7 peratus pada bulan sebelumnya.

“Bagaimanapun, pasaran buruh AS terus mencatatkan prestasi kukuh apabila tuntutan pengangguran pada minggu lepas adalah lebih rendah daripada jangkaan iaitu 218,000 (konsensus:220,000),” katanya kepada Bernama.

Sumber