Wardah lancar produk baharu

PENERAJU jenama kecantikan yang berasal dari Indonesia, Wardah Beauty (Wardah) telah melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit baharu, Wardah Crystal Secret.

Ketua Inovasi Produk di Paragon Corporation yang memiliki Wardah Beauty, Mario Kristiono berkata, Wardah menyempurnakan varian produknya dengan memperkenalkan Wardah Crystal Secret yang diformulasikan untuk kulit sihat, bersih bercahaya dari dalam tanpa noda hitam dengan tekstur halus dan lembut.

Menurutnya, Wardah Crystal Secret hadir dengan formulasi lebih berkesan dengan bahan aktif yang lebih efektif, tekstur yang selesa serta cepat meresap untuk hasil kulit yang tampak sihat, cerah dan bercahaya bak kristal.

“Bahan-bahan utama dalam Wardah Crystal Secret telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang teliti.

“Rangkaian ini menawarkan dua kali ekstrak bunga Edelweiss yang diambil dari kawasan Pegunungan Alpen Swiss.

Dari prosess pemilihan benih, penuaian, sehingga proses mengekstrak, semuanya dipastikan dengan teliti oleh pakar yang terpilih.

“Wardah Crystal Secret juga mengandungi bahan aktif pencerah kulit terbaik Alpha Arbutin yang berkesan untuk menyamarkan noda hitam pada wajah, dan memberikan tona kulit yang lebih sekata,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mario Kristiono memberikan ucapan secara maya pada Majlis Pelancaran Wardah Crystal Secret, baru-baru ini.

Mario Kristiono memberikan ucapan secara maya pada Majlis Pelancaran Wardah Crystal Secret, baru-baru ini.

Beliau berkata, berada dalam pasaran lebih daripada 25 tahun dan kini sudah empat tahun di Malaysia, Wardah terus berinovasi untuk menghasilkan produk kecantikan untuk wanita Asean.

“Pada tahun 2021, Wardah telah menjadi jenama kecantikan pilihan utama wanita di Indonesia.

“Wardah Skin Innovation telah bekerjasama dengan 300 ahli kecantikan dari 25 negara dan lebih 200 perintis muda Indonesia dalam mengembangkan produk, dan 45,000 penasihat kecantikan,” katanya.

Mario Kristiono berkata, Wardah juga melakukan dan bekerjasama dengan pembekal bertaraf global untuk menghasilkan produk terbaik dan tepat bagi pengguna.

“Dalam membangunkan industri Halal-beauty, Wardah menerapkan piawaian tinggi yang memberi fokus kepada penelitian, inovasi dan kemajuan teknologi.

Wardah memiliki kekuatan pasukan teknologi R&D dengan kolaborasi jaringan bersama ramai pakar-pakar global.

“Wardah bekerjasama dengan penasihat global dalam R&D, serta pakar dermatologi dari Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Thailand, India dan Indonesia.

Produk Wardah dibuat menggunakan bahan asli dan tulen terbaik yang didapati dari seluruh dunia dan setiap produk Wardah telah menjalani ujian keselamatan dan ujian klinikal yang dilakukan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Rangkaian produk Wardah Crystal Secret akan mula dipasarkan di dalam talian di Wardah Official Store on Shopee, Watson and Guardian di seluruh negara daripada sekarang dengan harga bermula RM8.68 sehingga RM37.

Sumber