Wacana Halatuju Sistem Pendidikan Dalam Talian di Malaysia bersama Tun Dr Mahathir

Umum mengetahui bahawa kehidupan manusia pada masa kini dipengaruhi oleh perubahan teknologi yang berlaku secara pesat termasuklah sistem pendidikan dunia yang merupakan bidang mendapat yang mendapat manfaat daripadanya.  Negara Malaysia yang dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai akses terhadap segala inovasi juga bersaing dalam penghasilan lebih ramai pelajar yang dilengkapi ilmu terbaik.

Oleh sebab itu, baru-baru ini, sebuah wacana berjudul Halatuju Sistem Pendidikan Dalam Talian di Malaysia diadakan oleh PTTI bagi membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bersempena meraikan kecemerlangan seramai 335 pelajar pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021.

Faktor penting bagi memastikan penghasilan pelajar yang cemerlang selain penggunaan teknologi secara berkesan, cara penyampaian yang lebih berkesan oleh guru memainkan peranan yang besar.  Tun Mahatir juga menambah bahawa tidak semua boleh diaplikasikan secara mendadak kepada pelajar memandangkan saringan dalam pembentukan karakter yang sesuai adalah diperlukan.

“Kita tahu, teknologi bergerak laju dan hampir setiap hari ada penemuan baharu.  Menjadi keperluan melengkapkan pelajar dengan kemahiran ini namun kita juga perlu pastikan pengetahuan yang diberikan perlu bersesuain dengan karakter kerana kita tidak mahu kemahiran yang ada ini disalah gunakan” ujar Tun Mahathir.

Selain itu, Malaysia juga berada pada landasan yang sama dengan mengoptimumkan kelebihan sedia ada serta pembahagian kerja antara tenaga pengajar yang lebih efisien melihatkan sistem pendidikan memberikan kemajuan kepada negara luar melalui sistem pendidikan.

Tun Mahathir turut menambah “Namun dalam masa yang sama perlu ada seliaan guru kelas secara fizikal yang akan membantu.  Jadi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya ke atas guru kerana tidak semua guru mempunyai teknik pengajaran yang baik dan ini akan memberi impak kepada pelajar”.

Di samping itu, perubahan Malaysia kini merupakan impak daripada usaha pendidikan anak-anak di nergara ini ketika di era pemerintahnnya.  Disebabkan oleh faktor tahap penerimaan murid yang berbeza mengikut kemampuan, setiap pendidikan tersebut tidak boleh disalurkan dengan cara yang sama.

Tun Dr Mahathir turut meninggalkan pesanan bahawa bagi mendapatkan keputusan cemerlang demi masa depan, setiap ibu bapa dan guru haruslah menjadi pendorong utama kepada pelajar-pelajar di Malaysia.  Setiap pelajar juga perlu mengulangkaji setiap pelajaran itu secara berulang kali dalam memastikan ilmu itu dapat difahami dengan lebih baik.

Pada masa yang sama, inisiatif Bangkit Belajar turut dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir khusus untuk pelajar tingkatan tiga hingga tingkatan lima untuk mendapatkan pembelajaran secara percuma melalui pembelajaran dalam talian yang dikendalikan oleh PTTI.  Pelbagai kemudahan penyampaian ilmu secara percuma melalui PTTI Better Result adalah cara menyokong rakyat Malaysia terutamanya pelajar daripada keluarga berstatus B40.

Pembelajaran secara percuma ini boleh diikuti dengan laman web www.ptti.my