BUDAYA memberi duit raya khususnya kepada kanak-kanak pada setiap kali Syawal telah menjadi tradisi masyarakat Malaysia sehingga kini.
Namun, duit raya yang diletakkan di dalam sampul serta memaparkan wajah si pemberi atau keluarga tuan rumah pastinya lebih mengujakan.
Justeru, untuk memberi lebih pilihan sampul duit raya pada sambutan Aidilfitri tahun ini, UPrint iaitu sebuah jenama di bawah Ultimate Print Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf, menampilkan Sampul Duit Raya Personalize yang memaparkan rekaan mengikut pilihan pelanggan.
Pegawai Eksekutif Pemasaran Ultimate Print Sdn Bhd, Syafiq Shuhaimi berkata, lebih menarik pelanggan yang menempah Sampul Duit Raya Personalize boleh memilih untuk memaparkan wajah mereka atau foto keluarga pada sampul duit raya itu.
“Kami percaya sampul duit raya yang memaparkan wajah sendiri, foto bersama pasangan atau foto keluarga lebih istimewa.
“Justeru, Sampul Duit Raya Personalize adalah dimensi baharu untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam semalam.
Syafiq berkata, idea dan konsep yang ditampilkan oleh UPrint untuk produk sampul duit raya kali ini berbeza dengan mana-mana percetakan lain yang menyediakan perkhidmatan sama.
“Kami menyediakan platform kepada pelanggan untuk reka sendiri sampul duit raya yang diingini. Caranya mudah sahaja iaitu dengan melayari laman sesawang www.uprint.com.my kemudian pilih mana-mana template yang diminati, tekan pada pilihan template berkenaan kemudian masukkan beberapa koleksi gambar sendiri.
“Bilangan berapa keping gambar yang ingin diletakkan tiada had kerana ia terpulang kepada kreativiti pelanggan. Setelah selesai meletak gambar yang diinginkan, secara automatik senarai harga akan dipaparkan. Ia sungguh mudah,” katanya.
Tambahnya, pelanggan juga boleh datang terus ke Ultimate Print untuk melihat rekaan Sampul Duit Raya Personalize.
Tambahnya, harga promosi bagi 50 keping sampul duit raya itu hanya RM75 setelah potongan 30 peratus dan promosi itu dan promosi ini sah sehingga 23 Mei 2019.
“Jika pelanggan membeli 50 keping sampul duit raya dan ke atas, harganya hanya RM1 sekeping dan jika dibeli dengan jumlah banyak harganya akan menjadi semakin murah dan berpatutan,” katanya.
Beliau berkata, pada tahun ini UPrint mengeluarkan sebanyak 15 rekaan terkini untuk sampul duit raya dan rekaan tersebut akan menjadi semakin menarik dengan gubahan idea oleh pelanggan sendiri.