TYCD iktiraf pekerja pembersihan – Sinar Harian

Nor Bustanul (tiga dari kiri) diikuti Kiew, Siti Hawa, Murad Ali, Sharon dan Ismail bersama penerima Anugerah Pembersihan 2023 di Mydin Mall, Subang Jaya pada Selasa.

Nor Bustanul (tiga dari kiri) diikuti Kiew, Siti Hawa, Murad Ali, Sharon dan Ismail bersama penerima Anugerah Pembersihan 2023 di Mydin Mall, Subang Jaya pada Selasa.

KARCHER Malaysia (Karcher) dengan kerjasama Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) dan Aspansuri telah menganjurkan ‘Thank Your Cleaner Day’ (TYCD) untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan penting pekerja pembersihan.

Karcher dalam satu kenyataan berkata, TYCD menghargai jasa mereka yang terlibat dengan aktiviti pembersihan dan mewujudkan kesedaran orang ramai mengenai pekerjaan yang pada umumnya jarang mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

“Sempena TYCD, Mydin dan Karcher menganugerahkan Anugerah Pembersihan 2023 kepada pekerja pembersihan luar biasa dan mengiktiraf etika kerja mereka yang cemerlang serta pematuhan kepada amalan terbaik industri,” jelas kenyataan itu.

Pada Selasa, majlis TYCD telah diadakan di Mydin Mall, Subang Jaya.

Sumber