TV9 Anjur Kelas Kuih Malaysia Untuk Adik-adik

TV9 Anjur Kelas Kuih Malaysia Untuk Adik-adik

Tahun ini, Media Prima Berhad telah memilih tema Manis Pahit Bersama bagi kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk meraikan perpaduan masyarakat madani menerusi kepelbagaian makanan tradisional yang berbilang kaum.

Bagi memeriahkan bulan Kemerdekaan ini, TV9 telah mengadakan peraduan Kelas Kuih Malaysia dengan kerjasama Jaguh Kartun, khas buat kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun. Peraduan ini bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dan memberi pendedahan kepada mereka tentang perpaduan Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk.

Menariknya peraduan ini, peserta akan dibimbing oleh cef berpengalaman untuk membuat kuih-muih tradisional daripada pelbagai kaum iaitu kuih ketayap, kuih angku dan putu mayam. Semestinya ia akan menjadi pengalaman paling berharga buat peserta cilik.

Ingin menyertai peraduan ini? Senang sahaja! Anda perlu merakam video yang berdurasi tidak lebih 30 saat yang bermula dengan, “Saya ingin belajar buat kuih tradisi Malaysia sempena Hari Kebangsaan ini kerana…”. Selepas itu, hantarkan video anda ke laman web Jaguh Kartun di https://www.xtra.com.my/jaguhkartuntv9/kelas-kuih-malaysia.html.

Slot adalah terhad kerana hanya 10 pemenang yang akan terpilih untuk menyertai Kelas Kuih Malaysia. Anda mungkin antara pemenang yang bertuah! Jadi tunggu apa lagi? Jom mendaftar untuk dapatkan slot sebelum tarikh tutup iaitu pada 12 Ogos 2023. Siapa cepat, dia dapat!