Trapo perkenal karpet kereta pembunuh bakteria

PENGELUAR karpet kereta tempatan, Trapo Asia berinovasi apabila menggunakan teknologi Bactekiller oleh Fuji Chemical Industries Co ltd yang mampu menyingkirkan 99 peratus bakteria pada permukaan karpet kereta.

Pelancaran teknologi produk terbaharu dinamakan Trapo Mark II itu dikatakan mampu mencegah bakteria daripada membiak sekali gus membunuhnya.

Kelebihan Trapo Mark II itu disifatkan sebagai tambahan rangkaian produk yang mampu meningkatkan pengalaman pemanduan.

Trapo Asia meningkatkan kelestarian dalam pengeluaran karpet kereta menerusi pelancaran Trapo Eco.

Trapo Asia meningkatkan kelestarian dalam pengeluaran karpet kereta menerusi pelancaran Trapo Eco.

Pengasas bersama Trapo Asia, Tzong Lee meluahkan rasa gembira dengan pencapaian pihaknya kali ini.

“Dalam tempoh tiga tahun ini, Trapo berjaya menarik lebih 6 peratus pasaran kereta baharu sekali gus menjadikan kami jenama karpet kereta pertama dari Malaysia. Kami bangga melakar kejayaan ini dan yakin dapat mencapai peningkatan dua angka menjelang hujung tahun. Kami akan terus berinovasi dalam menghasilkan produk terbaik,” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

Trapo Asia turut menyasarkan untuk memperkuatkan kedudukan di pasaran benua Asia menerusi produk terbaharunya itu.

Dengan slogan syarikat Trap Your Worries, Trapo Asia sedang berusaha mengembangkan rangkaian produknya kepada semua jenis kenderaan empat roda.

Difahamkan sehingga kini, Trapo Asia berjaya menarik lebih 80,000 kenderaan lain yang meliputi pasaran Singapura dan Indonesia.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *