Thunder Match Technology Sdn. Bhd. (TMT), rangkaian runcit teknologi terbesar di Malaysia, mengumumkan ketibaan Starlink Mini, peranti internet satelit mudah alih terbaru oleh SpaceX.
Sebagai rakan kongsi sah Starlink di Malaysia, TMT komited untuk memperluaskan akses kepada perkhidmatan internet satelit berkelajuan tinggi, khususnya bagi masyarakat luar bandar dan kawasan dengan liputan terhad. Langkah ini menegaskan peranan TMT sebagai rakan runcit rasmi Starlink dalam usaha merapatkan jurang digital dan memperkasa komuniti menuju gaya hidup lebih pintar.
Starlink Mini direka dalam bentuk yang kompak, ringan dan mudah dibawa, membolehkan pengguna menikmati internet berkelajuan tinggi serta kependaman rendah di mana sahaja. Dengan pemasangan ringkas, Starlink Mini sesuai digunakan untuk kerja jarak jauh, aktiviti melancong, rekreasi luar serta di kawasan yang masih belum mempunyai jalur lebar tradisional. Pelanggan kini boleh melihat dan mencuba sendiri peranti ini di Starlink Experience Store TMT yang pertama di Malaysia, bertempat di PJ Damansara Uptown, Kuala Lumpur.
Starlink menggunakan rangkaian satelit orbit bumi rendah (LEO) untuk menyediakan perkhidmatan internet stabil dengan kependaman rendah termasuk di lokasi terpencil. Inovasi ini diharap dapat memastikan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati akses internet untuk pendidikan, perniagaan dan kehidupan harian.

Menurut pihak pengurusan TMT, kerjasama ini merupakan detik penting bagi syarikat dalam menyampaikan penyelesaian teknologi yang benar-benar memberi impak. Teknologi satelit inovatif Starlink mampu membantu menyelesaikan cabaran sambungan di kawasan luar bandar, sekali gus memperkasakan individu dan perniagaan dengan akses kepada pendidikan, peluang baharu serta peningkatan kualiti hidup. Langkah ini membuktikan komitmen TMT untuk merapatkan jurang digital dan memacu transformasi digital negara.
Ditubuhkan pada tahun 1997, Thunder Match Technology Sdn. Bhd. ialah peruncit teknologi terbesar di Malaysia dengan 50 cawangan fizikal serta platform e-dagang. Beribu pejabat di Kuala Lumpur, TMT menawarkan pelbagai produk teknologi termasuk telefon pintar, komputer riba, perisian, aksesori, pencetak dan perkhidmatan sokongan. Pada Julai 2023, TMT telah diambil alih oleh Nojima APAC Limited, sekali gus memperkukuh kedudukan pasaran dan pengalaman pelanggan di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tmt.my