Stesen televisyen, TV3 tampil dengan rancangan baharu, Program Terpaling Juara yang akan membuka tirai menerusi siaran langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, jam 9 malam, setiap Ahad bermula 21 Ogos ini.
Terpaling Juara mempertaruhkan tiga kapten berbakat besar yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij.
Mereka adalah Akim Ahmad (Juara Lagu 30 – Potret); Hael Husaini (Juara Lagu 32 – Jampi & Juara Lagu 33 – Haram); dan Naim Daniel (Juara Lagu 34 – Sumpah) yang berperanan untuk membimbing seorang penyanyi senior dan seorang bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #playlistAJL.
Selain itu, tiga peserta yang terpilih pula terdiri daripada Shaz (Shazreen Shaharum, 26), Aqmal (Aqmal Ramdan, 26) dan Aqeesh (Aqeesh Aleeya, 18). Mereka terpilih menerusi uji bakat yang berlangsung pada 2 dan 3 Julai lalu.
Persembahan terbaik mingguan akan diumumkan dalam segmen Terpaling Padu Minggu Ini untuk setiap minggu. Pemenang ditentukan dengan 70% markah daripada juri tetap Datuk Hattan dan Fauziah Latiff serta 30% daripada undian atas talian di www.xtra.com.my/terpalingjuara.
Lagu – lagu popular AJL akan diberikan nafas baharu dan pasti menggamit nostalgia penonton Terpaling Juara!
Nurhul Huda Haji Khalid, penerbit eksekutif kanan, Ikha Arnisya Mohd Anuar, penerbit eksekutif, dan Azrul Effendi Abdullah, penerbit, mengetuai sesi produksi Terpaling Juara sepanjang program ini ditayangkan.
Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan pemenang ketiga pula menerima RM30,000.
Terpaling Juara ditaja oleh vivo Malaysia, Nivea, Hot FM sebagai rakan penyiaran rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media utama, dan Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan kongsi digital.
Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.