BUKAN mudah sebenarnya untuk mencipta sesuatu yang mampu membantu golongan kurang upaya penglihatan untuk ‘melihat’ semula tanpa teknologi hebat.
Namun Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) membuktikan segala-galanya bukan mustahil apabila mereka berjaya mencipta prototaip yang dinamakan Footbraille.
Dengan Footbraille, golongan OKU penglihatan mampu merasai sendiri bibit kemenangan skuad bola sepak Malaysia yang berjaya menumpaskan Korea Selatan dengan jaringan 2-1 dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik Moscow 1980.
Kepada e-Trend, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Digi, Joachim Rajaram berkata, pihaknya sentiasa mencari inspirasi dan kaedah baharu melalui penggunaan teknologi bagi membina hubungan yang lebih bermakna.
Ikuti perincian lebih lanjut mengenai Footbraille dalam sisipan e-Trend esok!