
Malaysia catat penemuan cari gali lebih 1 bilion tong minyak setara pada 2023
PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) dan kontraktor pengaturan petroleumnya mencatatkan 19 penemuan penerokaan dan dua kejayaan penilaian lanjutan cari gali, menyumbang lebih 1.0 bilion tong minyak setara sumber baharu untuk Malaysia pada 2023. Dalam satu kenyataan pada Jumaat, syarikat minyak negara itu berkata, kejayaan berkenaan hasil daripada program cari gali yang dipergiatkan dalam beberapa tahun kebelakangan…