Bank Islam menjangkakan KDNK Malaysia bagi S3 berkembang 3.2 peratus
BANK Islam Malaysia Bhd menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023 (S3 TK2023) di tengah-tengah permintaan dalam negeri yang berdaya tahan walaupun berdepan cabaran luar. Bank itu berkata, penggunaan swasta bertindak sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi berikutan peningkatan kecil 0.6 peratus dalam produktiviti buruh dari tahun ke tahun…