
Sumber dedah QSR cadang jual KFC dan Pizza Hut RM6 bilion
QSR Brand (M) Holdings (QSR) dipercayai merancang menjual dua rangkaian restoran makanan segera miliknya iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza Hut di Asia Tenggara pada harga kira-kira S$1.96 bilion (RM6 bilion), lapor The Straits Times. Akhbar Singapura itu menjelaskan, maklumat tersebut didedahkan oleh satu sumber yang mengetahui mengenai perkara berkenaan namun enggan mendedahkan identitinya…