
Jadikan qiamullail sebagai amalan kita
SEBAGAI umat Islam, kita digalakkan untuk melakukan qiamullail kerana banyak kelebihan yang dijanjikan-Nya. Walaupun hukumnya ialah sunat, namun Islam meletakkan nilai qiamullail sangat tinggi dalam kehidupan manusia kerana ganjaran yang dikurniakan berbeza dengan ibadah lain. ALLAH SWT berfirman: “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap dan…