“Jeda Derita” Hidupkan Emosi Mendalam Liza Hanim dan Tomok dalam OST Sumpah Ibuku
Penyanyi tersohor negara, Liza Hanim, kembali dengan sebuah balada sarat penghayatan berjudul “Jeda Derita”, single kedua beliau bersama Alternate Records selepas “Sejuta Maaf”. Lagu ini turut memperlihatkan gandingan kreatif bersama Tomok selaku komposer dan Fedtri Yahya sebagai penulis lirik. Mengangkat tema kesetiaan dalam penderitaan, kekuatan jiwa serta pergolakan emosi seorang wanita yang dikhianati, karya ini…