OPR naik tak beri kesan yang besar terhadap peminjam – Pakar

KENAIKAN kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata perpuluhan kepada tiga peratus itu menyebabkan pertambahan pada kadar bayaran pinjaman iaitu kurang daripada RM100 sebulan. Pakar ekonomi, Manokaran Mottain berkata, pengumuman OPR pada Rabu itu memang mengejutkan orang ramai namun ia tidak memberi kesan yang besar terhadap peminjam. Ujar beliau, kadar bayaran pinjaman selepas penambahan OPR…

Read More

OPR naik, ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS

RINGGIT ditutup mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan keputusan tidak dijangka Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus. Pada jam 6 petang, unit tempatan itu naik kepada 4.4525/4580 berbanding dolar AS daripada 4.4640/4640 pada akhir urus niaga semalam. Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial…

Read More

Kenaikan OPR cermin daya tahan ekonomi Malaysia – Ahli ekonomi

KEPUTUSAN Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus mencerminkan daya tahan ekonomi Malaysia, kata ahli-ahli ekonomi. Ketua jualan ekuiti Rakuten Trade, Vincent Lau berkata, kenaikan OPR selepas dikekalkan pada Januari dan Mac tahun ini dijangka merupakan yang terakhir bagi tahun 2023. “Kenaikan kadar itu sememangnya…

Read More

BNM dijangka kekalkan status quo OPR

BANK Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan status quo kadar dasar semalaman (OPR) semasa mesyuarat jawatankuasa dasar monetari (MPC) pada Julai tahun ini, disokong oleh kestabilan makroekonomi semasa Malaysia, kata seorang ahli ekonomi. Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed berkata, bank pusat telah menetapkan matlamat monetari yang bijak dan berhemat. Sehubungan itu, ia berjaya mengekalkan…

Read More

BNM nilai kesan kenaikan OPR 100 bps sebelum ambil tindakan lanjut

BANK Negara Malaysia (BNM) akan menilai kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 100 mata asas (bps) pada 2022 ke atas ekonomi Malaysia sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut, kata Penolong Gabenor, Fraziali Ismail. Beliau berkata, OPR itu telah dinaikkan secara beransur-ansur kepada 2.75 peratus dan bank pusat mesti menilai kesannya terhadap keadaan ekonomi semasa. “Kita…

Read More

BNM dijangka kekalkan OPR hingga akhir tahun

KENANGA Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) telah mencapai penghujung kitaran pengetatan monetarinya dan akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus untuk sepanjang tahun ini. Ini berdasarkan aliran menurun seterusnya dalam inflasi teras dan utama di bawah 3.0 peratus dan jangkaan kelembapan ekonomi global dalam keadaan kewangan yang lebih ketat, yang mampu menjejaskan…

Read More

BNM dijangka naikkan OPR pada Julai – Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia dijangka hanya menaikkan kadar faedah semalaman (OPR) pada Julai, dan akan mengekalkan paras sedia ada walaupun Rizab Persekutuan AS meningkatkan kadar dasarnya, kata beberapa pakar ekonomi. Mereka berpendapat Bank Negara akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetarinya pada awal Mei sebelum membuat…

Read More

Kadar OPR kekal pada 2.75 peratus

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus. Perkara tersebut dimaklumkan BNM menerusi satu kenyataan hari ini. Pada tahap OPR semasa, BNM memaklumkan pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi. “MPC akan terus menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif…

Read More

OPR kekal: Bantu PKS nilai kesihatan kewangan

KEPUTUSAN mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) telah membantu usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menilai kesihatan kewangan mereka dan membina rizab tunai. Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Dr Aria Putera Ismail berkata, ia terutama dalam persediaan menghadapi potensi kelembapan ekonomi tahun ini yang timbul terutamanya daripada aspek luar. Menurutnya, SME Bank…

Read More

OPR dijangka naik 25 mata asas pada Mac

CITI RESEARCH melihat keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalamannya (OPR) pada 2.75 peratus sebagai suatu yang sementara, bukan sahaja untuk memberi lebih banyak masa lagi bagi menilai impak kenaikan terdahulu, tetapi bagi peralihan kepada keseimbangan risiko daripada pelarasan dasar dalam belanjawan. “Dengan inflasi teras masih dilihat tinggi (meskipun menyederhana) dan risiko…

Read More