Bursa Malaysia dibuka tinggi menjelang keputusan OPR oleh BNM
BURSA Malaysia memulakan dagangan pagi ini tinggi sedikit menjelang keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) esok. Pada 9.21 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 0.81 mata untuk mencatatkan paras 1,393.30 berbanding 1,392.49 pada penutup Selasa. Indeks utama dibuka pada 1,392.38, susut sedikit 0.11 mata. Pergerakan pasaran secara keseluruhan positif…