‘Seni bina Islam yang cantik merupakan satu bentuk dakwah’
PEMBINAAN masjid yang cantik dan indah perlu difahami dengan konotasi jelas supaya matlamat asal untuk mengimarahkan rumah ALLAH itu tidak akan terpesong. Sabda Rasulullah SAW: “Orang ramai bermegah-megah dalam membangunkan masjid, kemudian mereka tidak memakmurkannya kecuali hanya sedikit.” (Riwayat al-Bukhari) Pendakwah Senator Ustazah Asmak Husin berkata, paling penting, kecantikan masjid itu bukannya bertujuan untuk bermegah-megah,…